Pembelajaran profesional guru Sekolah Menengah Kebangsaan di Pulau Pinang

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap pembelajaran profesional dan tahapkomitmen guru sekolah, perbezaan tahap pembelajaran profesional guru dan tahap komitmenguru berdasarkan faktor demografi, hubungan di antara pembelajaran profesional guru dengankomitmen guru dan dimensi pembelajaran prof...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Indhira Muniandy
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6695
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap pembelajaran profesional dan tahapkomitmen guru sekolah, perbezaan tahap pembelajaran profesional guru dan tahap komitmenguru berdasarkan faktor demografi, hubungan di antara pembelajaran profesional guru dengankomitmen guru dan dimensi pembelajaran profesional guru yang dominan dalam mempengaruhi komitmenguru. Kajian kuantitatif berdasarkan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik dilaksanakan dalam kalangan 506 orang guru di 20 buah sekolah menengah kebangsaan diPulau Pinang. Kaedah statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis min, sisihan piawai, peratusan dan kekerapan, manakala kaedah statistik inferens digunakan untukmenganalisis ujian-t, ANOVA sehala, Korelasi Pearson dan Regresi Pelbagai. Dapatankajian menunjukkan bahawa tahap pembelajaran profesional guru dan tahap komitmen guru berada padatahap yang tinggi dengan skor min masing-masing adalah 5.3357 dan 5.6143. Dapatan kajianujian-t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahappembelajaran profesional guru berdasarkan jantina (t=1.135, p=0.254). Keputusan ujian ANOVAsehala menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahappembelajaran profesional guru berdasarkan tahap pendidikan (F=1.880, p=0.113) dan pengalaman mengajar (F=1.816, p=0.124). Dapatan kajian ini mendapati bahawa tidakterdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap komitmen guru berdasarkan jantina (t=1.135, p=0.257)dan tahap pendidikan (F=1.155, p=0.330) tetapi menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap komitmen guru berdasarkan pengalaman mengajar (F=5.942,p=0.000). Dapatan kajian ini mendapati terdapat hubungan signifikan, positif dan kuatantara pembelajaran profesional dengan komitmen guru (r=0.705, p=0.000). Refleksi (=0.408,p=0.000) dan kolaborasi (=0.365, p=0.000) merupakan dimensi pembelajaran profesional guru yang dominan dalam mempengaruhi komitmen guru. Kesimpulannya, pembelajaran profesional dankomitmen guru berada pada tahap tinggi, terdapat hubungan antara pembelajaran profesional dengan komitmen guru, refleksi dan kolaborasi adalah dimensi pembelajaran profesionalguru yang dominan dalam mempengaruhi komitmen guru. Implikasi kajian inimenunjukkan bahawa pembelajaran profesional guru mampu meningkatkankomitmen guru dan sesuai diimplementasikan di sekolah.