Penerapan elemen senibina tradisional Melayu Kelantan dalam pembangunan baharu Rancangan Tempatan Jajahan Kota Bharu

Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis, meneliti dan membuat penilaianterhadap penerapan elemen binaan tradisional Melayu Kelantan dalam pembangunan baharu RancanganTempatan Jajahan Kota Bharu (2007-2020). Fokus utama kajian adalah mengkaji ciri-ciriyang melambangkan identiti seni bina tradisio...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Norhidayah Mohd Noor
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2019
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6700
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis, meneliti dan membuat penilaianterhadap penerapan elemen binaan tradisional Melayu Kelantan dalam pembangunan baharu RancanganTempatan Jajahan Kota Bharu (2007-2020). Fokus utama kajian adalah mengkaji ciri-ciriyang melambangkan identiti seni bina tradisional Melayu Kelantan berdasarkan Teori GayaRupa. Ciri-ciri seni bina tersebut meliputi rekaan bentuk bumbung, tiang, dinding, pintugerbang, tebar layar, pemeleh, tunjuk langit dan papan cantik. Kajian kes yangdijalankan dalam jajahan Kota Bharu dengan menggunakan kaedah pengumpulan data melaluikajian pustaka, kajian tinjauan, pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen. Dapatan kajianmenunjukkan Masjid Mukim Sabak (bangunan keagamaan) telah menerapkan pelbagai elemen binaantradisional Melayu Kelantan dalam binaannya berbanding dengan Pasar Kota Jembal (bangunan awam)dan bangunan JKKN Kelantan (bangunan pentadbiran). Sebagai kesimpulan, Masjid Mukim Sabakdilihat berjaya menyerlahkan penerapan elemen- elemen binaan traditional Melayu Kelantanberbanding bangunan lain sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Rancangan Tempatan Jajahan KotaBharu (2007-2020). Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa elemen seni bina tradisionalMelayu Kelantan harus diterapkan ke dalam binaan baharu supaya identiti seni bina Melayudapat dikekalkan untuk menjaga warisan bangsa.