Pembangunan Senarai Semak Pemerhatian Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Kritis dalam pengajaran Kimia di sekolah menengah atas di Indonesia
Matlamat kajian untuk membangunkan Senarai Semak Pemerhatian PelaksanaanKemahiran Berfikir Kritis (SSPPKBK) yang mempunyai kesahan, kebolehpercayaan dan praktikal untukmemerhatikan pengajaran kimia yang bercirikan kemahiran berfikir kritis. Kajian ini adalahkajian pembangunan dengan gabungan model A...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6709 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Matlamat kajian untuk membangunkan Senarai Semak Pemerhatian PelaksanaanKemahiran Berfikir Kritis (SSPPKBK) yang mempunyai kesahan, kebolehpercayaan dan praktikal untukmemerhatikan pengajaran kimia yang bercirikan kemahiran berfikir kritis. Kajian ini adalahkajian pembangunan dengan gabungan model ADDIE dan Tessmer. Prosedur pembangunan instrumen bermula dengan reka bentuk awal, (prototaip-1) diikuti oleh penilaian tigapakar rekabentuk, pedagogi, bahasa, dan soal selidik guru dan disemak semula kepadaprototaip-2.Tahap penilaian menggunakan penilaian formatif Tessmer bagi temubual individu,temubual kumpulan kecil, dan kaji rintis .untuk memperoleh kesahan dan kebolehpercayaan. Ujisebenar (field test) terhadap guru pengajar kimia untuk memperoleh nilai kepraktisan. Dapatankajian dari pakar menunjukkan CVI ialah 0.90 (sangat tinggi) untuk reka bentuk, pedagogi 0.90(sangat tinggi), bahasa 0.90 (sangat tinggi), dan soal selidik guru 0.90 (sangat tinggi). Hasilyang disahkan oleh pakar dilakukan uji terhad untuk mendapatkan input bahawa SSPPKBK dengankebolehpercayaan 0.940 (baik).Selepasnya dilakukan uji lapangan dengan guna Analisis Faktor nilaimutlak 0.4 dan 50 putaran. Berdasarkan nilai korelasi antara dimensi senilai 0.3, terdapatenam dimensi yang patut digunakan sebagai instrumen penilaian, iaitu dimensi berinteraksidengan orang lain dan menentukan tindakan (7 item), menganalisis hujah dan menumpukan soalan (5 item), memandangkan sama ada kredibiliti sumber maklumat bolehdipercayai atau tidak (2 item), mendorong dan pertimbangkan keputusan induksi (2 item), bertanyadan jawabklarifikasi dan soalan-soalan yang mencabar (5 item), memerhatikan danmempertimbangkan hasil pemerhatian, yang meliputi empat item. Daptlah disimpulkanbahawa berdasarkan hasil uji yang telah dilakukan maka SSPPKBK dapat diguna untukmemerhati guru kimia melaksanakan kemahiran berfikir kritis. Implikasi SSPPKBKyang dihasilkan dapat diguna oleh para guru merancang RPP yang berasaskankemahiran berfikir kritis dapat diguna oleh guru dalam pembelajaran kimia di SMAsesuai dari panduan K-13 kimia. Bagi Jawatan Pendidikan dapat diguna untukmemerhati guru bahawa para guru telah menggnakemahiran berfikir kritis dalampembelajaran yang dilaksanakan. |
---|