Hubungan demografi, kepuasan kerja dan iklim organisasi terhadap komitmen guru di sekolah-sekolah Menengah Teknik Sarawak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti; a) tahap komitmen afektif,penerusan dan normatif di kalangan guru sekolah menengah teknik, b) perbezaan komitmenafektif, penerusan dan normatif di kalangan guru sekolah menengah teknik berdasarkanciri-ciri demografi jantina, umur, tempoh perkhidma...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Chung, Jee Fenn
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2011
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6710
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti; a) tahap komitmen afektif,penerusan dan normatif di kalangan guru sekolah menengah teknik, b) perbezaan komitmenafektif, penerusan dan normatif di kalangan guru sekolah menengah teknik berdasarkanciri-ciri demografi jantina, umur, tempoh perkhidmatan, bangsa, status perkahwinan, tarafpendidikan, kumpulan perkhidmatan dan lokaliti tempat bertugas,c) hubungan di antara kepuasan kerja dengan komitmen afektif, penerusan dan normatif guru terhadaporganisasi, d) hubungan di antara iklim organisasi dengan komitmen afektif, penerusan dannormatif guru terhadap organisasi dan e) pengaruh pembolehubah bebas ke atas komitmen afektif,penerusan dan normatif di kalangan guru sekolah menengah teknik. Sejumlah 121 orang gurulelaki dan 109 orang guru perempuan telah dipilih secara rawak dari kesemua tujuh buah sekolahmenengah teknik di seluruh negeri Sarawak sebagai sampel kajian. Set soal selidik yangmengandungi 8 item soalan tertutup dan 64 item berskala 5 likert telah digunakan sebagaiinstrumen dalam kajian ini. Sebanyak 27 hipotesis nol telah dibentuk bagi kajian ini. Untuktujuan pengujian hipotesis, kaedah statistik Ujian-T, Analisis Varians Sehala (ANOVA), KorelasiPearson dan Regresi Berganda telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan ; a) tahap komitmenafektif guru adalah tinggi, b) tahap komitmen penerusan dan komitmen normatif guruadalah sederhana, c) tidak terdapat perbezaan komitmen afektif, penerusan dan normatif guru yangsignifikan berdasarkan faktor-faktor jantina, umur, tempoh perkhidmatan, bangsa, statusperkahwinan, taraf pendidikan dan kumpulan perkhidmatan, namun, terdapat perbezaan komitmenafektif dan penerusan yang signifikan berdasarkan lokaliti tempat bertugas, d) terdapat hubunganyang signifikan dan positif di antara kepuasan kerja dengan komitmen afektif, penerusan dannormatif guru terhadap organisasi,e) terdapat hubungan yang signifikan dan positif di antara iklim organisasi dengankomitmen afektif, penerusan dan normatif guru terhadap organisasi. Hasil analisisRegresi Berganda mendapati terdapat faktor-faktor pembolehubah bebas yangmempengaruhi komitmen afektif, penerusan dan normatif secara signifikan. Bagikomitmen afektif, pengaruh faktor peramal iklim organisasi aspek pentadbiran sekolah adalahlebih kuat berbanding pengaruh faktor peramal iklim organisasi aspek fizikal sekolah. Sementara itu, faktor peramal yang paling berpengaruh terhadap komitmen penerusan ialahkepuasan kerja aspek keadaan kerja. Ini diikuti oleh iklim organisasi aspek pentadbiransekolah dan kumpulan perkhidmatan DG 41. Bagi komitmen normatif pula, faktor peramal yangpaling berpengaruh ialah iklim organisasi aspek sosial sekolah. Ini diikuti iklim organisasiaspek pentadbiran sekolah, kumpulan perkhidmatan DG 41, kepuasan kerja aspek keadaan kerja,tempoh perkhidmatan 6 10 tahun dan kepuasan kerja aspek gaji dan emolumen. Berdasarkan hasil kajian ini, cadangan- cadangan bagi meningkatkan komitmen guru-guruterhadap organisasi dan cadangan untuk kajian lanjut telah dimuatkan sebagai refleksi danrujukan untuk penyelidikan padamasa akan datang.