Keberkesanan pendekatan pembelajaran teradun terhadap pencapaian dan motivasi dalam mata pelajaran Asas Sains Komputer

Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan pendekatan pembelajaran teradunterhadap pencapaian dan motivasi murid dalam tajuk algoritma bagi mata pelajaran Asas SainsKomputer (ASK). Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini. Kajian dijalankan secara...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Norraihan Rosman
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2020
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6714
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan pendekatan pembelajaran teradunterhadap pencapaian dan motivasi murid dalam tajuk algoritma bagi mata pelajaran Asas SainsKomputer (ASK). Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini. Kajian dijalankan secara persampelan bertujuan melibatkan 59 muridtingkatan satu yang mengambil mata pelajaran ASK di sebuah sekolah di daerah Kuantan. Sampelterdiri daripada 29 murid untuk kumpulan rawatan dan 30 murid untuk kumpulan kawalan. Dua jenisinstrumen kajian digunakan iaitu soalan peperiksaan akhir tahun 2018 dan borang soalselidik motivasi. Data dianalisis menggunakan Statistical Package For The Social Science(SPSS) bagi mendapatkan data deskriptif iaitu nilai min, peratus dan sisihan piawaimanakala statistik inferens seperti ujian t dan korelasi Pearson digunakan untuk melihathubungan antara faktor yang dikaji. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikanantara pencapaian ujian kumpulan rawatan (Min = 51.90, S.P = 11.99) berbanding pencapaian ujiankumpulan kawalan (Min = -19.17, S.P = 10.41), [t (28) =-23.31, <0.05]. Begitu juga dengan motivasi kumpulan rawatan (Min = 90.82, S.P = 6.27)menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan berbanding dengan kumpulan kawalan (Min =63.4, S.P = 8.01), [t (57) = -14.44,