Pembinaan modul pemulihan kemahiran menulis berkonsepkan visual ruang bagi murid bermasalah pembelajaran disgrafia
Kajian kuantitatif ini bertujuan untuk membina serta menilai kesahan dankebolehpercayaan modul pemulihan kemahiran menulis berkonsepkan visual ruang (KeMV) terhadapmurid bermasalah pembelajaran disgrafia. Reka bentuk kajian adalah pembangunan modul. Modul KeMV ini dibina berdasarkan model pem...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6723 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian kuantitatif ini bertujuan untuk membina serta menilai kesahan dankebolehpercayaan modul pemulihan kemahiran menulis berkonsepkan visual ruang (KeMV) terhadapmurid bermasalah pembelajaran disgrafia. Reka bentuk kajian adalah pembangunan modul. Modul KeMV ini dibina berdasarkan model pembangunan ADDIE yang merangkumi lima fasaiaitu analisis keperluan, reka bentuk pembelajaran, pembangunan modul, pelaksanaan modul danpenilaian kesahan modul. Kajian ini melibatkan 69 orang sampel yang telah dipilihmenggunakan teknik persampelan bertujuan, iaitu 30 orang guru pendidikan khas bagi menjawab soalselidik tinjauan keperluan modul, sembilan orang pakar sebagai penilai kesahan modul dan 30orang murid bermasalah pembelajaran disgrafia menjawab soal selidik tentang kemahiranmenulis mereka. Instrumen yang digunakan dalam kajian adalah soal selidik keperluan modul,borang penilaian kesahan modul dan borang keberkesanan modul. Modul KeMV dibina berdasarkan teorikecerdasan visual ruang oleh Howard Gardner menerusi Teori Kecerdasan Pelbagai. Modul KeMVini mengandungi lima submodul teknik menulis iaitu pensel besar, huruf kotak, kertas garisdua, penulisan urutan menaik dan penulisan urutan menurun. Data dianalisis menggunakan statistikdeskriptif iaitu peratusan, min dan sisihan piawai. Analisis keperluan mendapati gurupendidikan khas bersetuju (M=4.64;SP=4.79) bahawa Modul KeMV wajar dibina untuk membantu muridbermasalah pembelajaran disgrafia. Dalam konteks kesahan modul, nilai kesepakatan pakarbagi kandungan Modul KeMV adalah 92.8 peratus. Ini menunjukkan kesepakatan pakar yang tinggiterhadap kesahan modul manakala nilai Cronbach Alpha bagi kebolehpercayaan instrumen adalah=.890. Dapatan kajian menunjukkan responden bersetuju terhadap kebolehgunaan Modul KeMVberdasarkan pencapaian murid bermasalah pembelajaran disgrafia menulis perkataan dengan kemasmenggunakan lima teknik yang terdapat dalam modul ini. Kesimpulannya, Modul KeMV adalah berkesanbagi meningkatkan kemahiran menulis perkataan dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran disgrafia. Implikasinya, Modul KeMV ini adalah sesuai digunakan untuk meningkatkan kemahiran menulis murid bermasalah pembelajaran disgrafia dan bolehdiluaskan penggunaannya ke sekolah berkeperluan khas di Malaysia. |
---|