Peranan sekolah dalam pembentukan perpaduan antara etnik dalam kalangan pelajar

Kajian ini dijalankan untuk meneliti peranan sekolah dalam pembentukan perpaduanantara etnik dalam kalangan pelajar. Objektif kajian ini merangkumi tiga perkara iaitu mengenalpasti fungsi sekolah, meneroka langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pihak sekolah danmengenal pasti masalah yang dihadapi o...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Ayuni Nusaibah Husin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6725
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk meneliti peranan sekolah dalam pembentukan perpaduanantara etnik dalam kalangan pelajar. Objektif kajian ini merangkumi tiga perkara iaitu mengenalpasti fungsi sekolah, meneroka langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pihak sekolah danmengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam membentuk perpaduan antara etnik.Kajian ini menggunakan dua teori sosiologi iaitu Teori Fungsionalisme dan Teori PilihanRasional. Kaedah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes digunakan dalam kajian ini.Teknik pengumpulan data dilakukan melalui pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Seramai22 orang peserta yang terdiri daripada seorang pentadbir, tiga orang guru serta lima orang pelajarMelayu, sembilan orang pelajar Cina, tiga orang pelajar India dan seorang pelajar campuran Cinadan India ditemu bual dalam kajian ini. Data dianalisis secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sekolah memainkan peranan yang penting dalam membentuk perpaduan antara etnik melalui sambutan perayaan, hari sukan, perkhemahan dan sebagainya. Namunbegitu, terdapat juga kekangan yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam membentuk perpaduan iaitumasalah dari segi penggunaan bahasa dan kekurangan penglibatan pelajar dalam aktiviti yangdijalankan. Antara usaha yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah terbabit ialah melaluipenggunaan akhbar, minggu bahasa, pengucapan awam dan sebagainya. Secara keseluruhannya,sekolah berperanan sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan antara etnik dan menyediakanpersekitaran yang baik untuk pelajar berinteraksi dengan pelbagai etnik. Hasil kajian menunjukkanbahasa dan pergaulan sosial merupakan aspek utama pembentukan perpaduan kaum. Program-program yang mampu meningkatkan interaksi antara kaum diharapkan dapat diperbanyakkan bagimembentuk suasana yang harmoni. Implikasi kajian ini dapat membantu guru dan pelajar dalam meningkatkan lagi hubungan sosial antara etnik di sekolah.