Perkongsian pengetahuan secara kolaboratif dalam kalangan guru mata pelajaran pengurusan di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Pasir Gudang, Johor

Kajian kualitatif ini bertujuan untuk meneroka cara-cara, konflik dan tindakanperkongsian pengetahuan secara kolaboratif dalam kalangan guru mata pelajaranpengurusan di Sekolah Menengah Kebangsaan, Daerah Pasir Gudang, Johor. Kaedah persampelanbertujuan digunakan yang meliputi guru mata pelajaran Ek...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Zuraiha Mustaffa
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2021
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6735
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian kualitatif ini bertujuan untuk meneroka cara-cara, konflik dan tindakanperkongsian pengetahuan secara kolaboratif dalam kalangan guru mata pelajaranpengurusan di Sekolah Menengah Kebangsaan, Daerah Pasir Gudang, Johor. Kaedah persampelanbertujuan digunakan yang meliputi guru mata pelajaran Ekonomi, Prinsip Akaun dan Perniagaan.Pengumpulan data kajian adalah melalui temubual, pemerhatian dan analisis dokumen. Datakajian dianalisis dengan kaedah analisis kandungan dan kaedah perbandingan konstan. Dapatan kajian menunjukkan cara-cara perkongsian pengetahuan secara kolaboratif dalam kalanganguru mata pelajaran pengurusan di sekolah-sekolah kajian adalah hampir sama dari segi jenispengetahuan, lokasi, bahan-bahan yang dibawa dan kekerapan perkongsian pengetahuan diadakan samaada secara formal atau tidak formal. Konflik paling ketara yang dihadapi oleh guru-guru matapelajaran pengurusan ialah percanggahan pendapat dan masa. Lain-lain konflik ialah sokonganrakan sejawatan dan sokongan kepimpinan. Tindakan yang diambil hasil daripada perkongsianpengetahuan secara kolaboratif adalah mengikut kesesuaian masalah, masa, dan tempatpelaksanaannya. Tindakan bermula daripada Ketua Panitia diikuti oleh Ahli panitia di manaisu utama disiplin dan langkah-langkah yang wajar dilaksanakan ke atas pelajar-pelajardalam usaha penambahbaikan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Sokongan pentadbir dalammeningkatkan amalan kolaborasi guru adalah amat penting dengan memastikan guru mempunyaikemahiran mendengar, bertindak balas dengan baik, mampu menyelesaikan dan membuat keputusan bagimasalah yang kompleks, kolaborasi merentas budaya dan kolaborasi maya dijadikan medium perkongsianpengetahuan untuk menjimatkan masa perjumpaan bersemuka.