Validasi Instrumen Kompetensi Sosial Kanak-Kanak berdasarkan Tri-Component Model of Social Competence
Kajian ini merupakan sebuah kajian kuantitatif bagi menjalankan kesahan dankebolehpercayaan terhadap Instrumen Kompetensi Sosial Kanak-Kanak berdasarkan Tri-ComponentModel of Social Competence. Sampel bagi kajian ini ialah 13 orang pakar dan 100 orang kanak-kanakdi sekitar Bandar Utama Shah Alam. Ob...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6736 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini merupakan sebuah kajian kuantitatif bagi menjalankan kesahan dankebolehpercayaan terhadap Instrumen Kompetensi Sosial Kanak-Kanak berdasarkan Tri-ComponentModel of Social Competence. Sampel bagi kajian ini ialah 13 orang pakar dan 100 orang kanak-kanakdi sekitar Bandar Utama Shah Alam. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti nilai kesahan dan kebolehpercayaan Instrumen Kompetensi Sosial Kanak-Kanak dari aspek kesahanpakar dan daripada perspektif Model Pengukuran Rasch. Kajian ini juga dijalankan bagi menentukan tahap kompetensi sosial kanak-kanak seterusnya mengenal pasti perbezaan tahapkompetensi sosial kanak-kanak berdasarkan jantina. Dapatan kajian menunjukkan bahawasebanyak 21 item di dalam instrumen ini telah memenuhi syarat kesahan dankebolehpercayaan dari aspek kesahan pakar dan andaian Model Pengukuran Rasch. Nilai infitmean-square berada dalam julat 0.60 hingga 2.22, nilai polariti item dalam julat 0.35 hingga 0.74dan nilai unidemensionaliti bagi raw explained variance ialah49.70 peratus serta unexplained variance bagi faktor pertama ialah 8.60 peratus. Kesahanskala juga menunjukkan kesemua aspek dipatuhi dengan baik iaitu setiap kategori skalamenunjukkan peningkatan purata ukuran berlaku secara sehala, nilai outfit tidak melebihinilai 2.00, kewujudan puncak yang berbeza dalam lengkung kebarangkalian, nilai pemerhatianmelebihi 10 pemerhatian dan perbezaan nilai antara kategori skala di dalam julat satu hinggalima. Kebolehpercayaan item pula secara keseluruhan ialah 0.98 manakala kebolehpercayaanindividu pula ialah 0.86. Indeks pengasingan item mencatatkan nilai 6.25 dan indeks pengasinganindividu ialah 2.13. Analisis bagi tahap kompetensi sosial kanak-kanak pula mendapatibahawa secara purata, tahap kompetensi sosial kanak-kanak berada pada tahap sederhana (min=2.88,s.p= 0.327) dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kompetensi sosialkanak-kanak lelaki (min=4.108, s.p=0.40634) dan kanak-kanak perempuan (min=42.02, s.p=0.35756, t=-1.227; df=98, p=0.223, p>0.05). Kesimpulannya, instrumen ini didapati mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang baik. Implikasinya, instrumen ini bolehdigunakan bagi mentaksir tahap kompetensi sosialkanak-kanak. |
---|