Pengaruh kepimpinan beretika pengetua terhadap kecekapan moral guru subjek pengurusan di Daerah Larut Matang dan Selama, Perak

Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh kepimpinan beretika yang diamalkanoleh pengetua terhadap kecekapan moral guru mata pelajaran pengurusan di sekolah menengahharianDaerah Larut Matang dan Selama, Perak. Guru mata pelajaran pengurusan yang terlibatterdiri daripada guru mata pelajaran Ekonom...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Fahana Mat Nawi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6740
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh kepimpinan beretika yang diamalkanoleh pengetua terhadap kecekapan moral guru mata pelajaran pengurusan di sekolah menengahharianDaerah Larut Matang dan Selama, Perak. Guru mata pelajaran pengurusan yang terlibatterdiri daripada guru mata pelajaran Ekonomi, Perniagaan, Pengajian Keusahawanan, Perdagangandan Prinsip Akaun. Kajian ini mengkaji multidimensi kepimpinan beretika iaitu penjagaanberetika, kritikan beretika, dan keadilan beretika. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif.Seramai 175 orang guru mata pelajaran pengurusan dari 31 buah sekolah menengah harian diDaerah Larut Matang dan Selama, Perak dijadikan sampel kajian. Sampel kajian telahdipilih menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Instrumen kajian adalah borang soal selidik. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferens. Analisis deskriptifyang digunakan ialah min, sisihan piawai dan peratus. Analisis inferens yang digunakan adalah ujian korelasi Pearson dan regresi pelbagai. Dapatan kajian menunjukkan penjagaanberetika pengetua terhadap kebajikan, keperluan dan perhatian terhadap guru matapelajaranpengurusan adalah secara tertinggi (M = 4.60, SP = 0.547). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapathubungan yang signifikan, tetapi lemah di antara kepimpinan beretika pengetua dengan kecekapanmoral guru mata pelajaran pengurusan (r = 0.489, p <0.05). Diantara ketiga-tiga dimensi kepimpinan tersebut, dimensi keadilan beretika menunjukkan terdapat hubungan yang sangatkuat dan signifikan dengan kepimpinan beretika pengetua (r = 0.920, p <0.05). Dapatan kajian jugamenunjukkan keadilan beretika pengetua mempengaruhi kecekapan moral guru mata pelajaran pengurusansecara signifikan [ = 1.961, p <0.05]. Kesimpulannya, sikap kepimpinan beretika pengetuamemainkan peranan penting dalam meningkatkan kecekapan moral guru mata pelajaran pengurusan.Implikasinya, dapatan kajian dapat memberi informasi kepada pengetua bahawa mereka merupakancontoh dan model kepada orang bawahan. Hasil kajian ini juga boleh dijadikan rujukan kepadaJabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membuat pendedahan awal tentangciri-ciri kepimpinan beretika pengetua kepada bakal pengetua daripadasegi penyediaan kursus dan latihan pemantapan kepimpinan beretika pengetua