Pengaruh kepimpinan beretika pengetua terhadap kecekapan moral guru subjek pengurusan di Daerah Larut Matang dan Selama, Perak

Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh kepimpinan beretika yang diamalkanoleh pengetua terhadap kecekapan moral guru mata pelajaran pengurusan di sekolah menengahharianDaerah Larut Matang dan Selama, Perak. Guru mata pelajaran pengurusan yang terlibatterdiri daripada guru mata pelajaran Ekonom...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Nor Fahana Mat Nawi
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2021
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6740
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh kepimpinan beretika yang diamalkanoleh pengetua terhadap kecekapan moral guru mata pelajaran pengurusan di sekolah menengahharianDaerah Larut Matang dan Selama, Perak. Guru mata pelajaran pengurusan yang terlibatterdiri daripada guru mata pelajaran Ekonomi, Perniagaan, Pengajian Keusahawanan, Perdagangandan Prinsip Akaun. Kajian ini mengkaji multidimensi kepimpinan beretika iaitu penjagaanberetika, kritikan beretika, dan keadilan beretika. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif.Seramai 175 orang guru mata pelajaran pengurusan dari 31 buah sekolah menengah harian diDaerah Larut Matang dan Selama, Perak dijadikan sampel kajian. Sampel kajian telahdipilih menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Instrumen kajian adalah borang soal selidik. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferens. Analisis deskriptifyang digunakan ialah min, sisihan piawai dan peratus. Analisis inferens yang digunakan adalah ujian korelasi Pearson dan regresi pelbagai. Dapatan kajian menunjukkan penjagaanberetika pengetua terhadap kebajikan, keperluan dan perhatian terhadap guru matapelajaranpengurusan adalah secara tertinggi (M = 4.60, SP = 0.547). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapathubungan yang signifikan, tetapi lemah di antara kepimpinan beretika pengetua dengan kecekapanmoral guru mata pelajaran pengurusan (r = 0.489, p <0.05). Diantara ketiga-tiga dimensi kepimpinan tersebut, dimensi keadilan beretika menunjukkan terdapat hubungan yang sangatkuat dan signifikan dengan kepimpinan beretika pengetua (r = 0.920, p <0.05). Dapatan kajian jugamenunjukkan keadilan beretika pengetua mempengaruhi kecekapan moral guru mata pelajaran pengurusansecara signifikan [ = 1.961, p <0.05]. Kesimpulannya, sikap kepimpinan beretika pengetuamemainkan peranan penting dalam meningkatkan kecekapan moral guru mata pelajaran pengurusan.Implikasinya, dapatan kajian dapat memberi informasi kepada pengetua bahawa mereka merupakancontoh dan model kepada orang bawahan. Hasil kajian ini juga boleh dijadikan rujukan kepadaJabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membuat pendedahan awal tentangciri-ciri kepimpinan beretika pengetua kepada bakal pengetua daripadasegi penyediaan kursus dan latihan pemantapan kepimpinan beretika pengetua