Perjuangan gerakan pelajar Melayu di institusi pengajian tinggi (IPT) Malaysia, 1970-1980- an

Kajian ini menganalisis perjuangan gerakan pelajar Melayu di institusi pengajian tinggiMalaysia, tahun 1970 hingga 1980-an. Gerakan pelajar Melayu tercetus berikutanperkembangan dasar kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuanmeningkatkan kedudukan masyarakat Melayu. Kajian ini memapar...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Khairin Sharep
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2019
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6745
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini menganalisis perjuangan gerakan pelajar Melayu di institusi pengajian tinggiMalaysia, tahun 1970 hingga 1980-an. Gerakan pelajar Melayu tercetus berikutanperkembangan dasar kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuanmeningkatkan kedudukan masyarakat Melayu. Kajian ini memaparkan intipati utama perjuangan gerakan pelajar Melayu menerusi tuntutan kesejahteraan masyarakat berasaskan kepada pendefinisian mereka sendiri. Kesejahteraan masyarakat pada perspektif mereka merujuk kepada kemajuan masyarakat Melayu meliputi aspek ekonomi, sosial dan kerohanian.Kajian ini menganalisa pandangan gerakan pelajar Melayu berhubung kedudukan agama danbangsa; berdasarkan corak perjuangan serta elemen yang mempengaruhi pemikiran mereka. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif. Analisis kepadasumber sejarah sepanjang 1970-an iaitu surat-menyurat dan risalah perjuangan yang diterbitkan olehgerakan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Institut Teknologi MARA (ITM) danUniversiti Malaya (UM) menunjukkan intipati perjuangan memartabatkan bangsa Melayu dalambidang ekonomi dan pendidikan menjadi keutamaan gerakan pelajar Melayu tahun 1970-an.Sementara itu, Penyata Rasmi Parlimen turut mencatatkan bahawa aktiviti pelajar menjuruskepada penambahbaikan ekonomi dan pendidikan masyarakat Melayu. Perkara ini berubah pada1980-an. Surat-menyurat dan risalah perjuangan pelajar di institusi berkenaan menunjukkanperjuangan mereka ditumpukan kepada usaha masyarakat meningkatkan moral dan menentangbudaya hedonisme. Ini memperlihatkan bahawa gerakan pelajar memberi perhatian khusus kepadakesejahteraan masyarakat. Temu bual dengan bekas pemimpin pelajar pada 1970-an pulamenunjukkan bahawa pemimpin pelajar sosialis dianggap tidak memberi perhatian khususkepada kepentingan Melayu. Pendekatan tersebut menyebabkan perjuangan pemimpin pelajarsosialis kurang mendapat sambutan berbanding pemimpin pelajar ultra Melayu. Ringkasnya,gerakan pelajar Melayu di institusi pengajian tinggi sepanjang tempoh kajian ini berkaitrapat kesejahteraan masyarakat dan ia terlihat jelas menerusi isu-isu yang mereka perjuangkankepada pemerintah dan pentadbir meliputi gesaan peningkatan ekonomi, pendidikan serta memeliharamoral masyarakat Melayu. Kajian ini menyumbang kepada pengetahuan baru dalam sejarah kerana iamembawa dimensi baru dalam pemahaman berhubung gerakan pelajar di Malaysia yang sebelum ini hanyadisinonimkan dengan gerakan politik sahaja.