Hubungan antara kerja guru dengan pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan di tingkatan enam

Kajian ini bertujuan untuk menilai hubungan antara kerja guru dengan pelaksanaan pembelajarandan pemudahcaraan di tingkatan enam bagi mata pelajaran Ekonomi dan Pengajian Perniagaan. Kajianini juga menilai perancangan dan persediaan guru, persediaan pelajar, pengurusan mata pelajaran,beban tugas gur...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Latifah Suria Hashim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6751
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menilai hubungan antara kerja guru dengan pelaksanaan pembelajarandan pemudahcaraan di tingkatan enam bagi mata pelajaran Ekonomi dan Pengajian Perniagaan. Kajianini juga menilai perancangan dan persediaan guru, persediaan pelajar, pengurusan mata pelajaran,beban tugas guru mata pelajaran dan pengalaman mengajar guru terhadap pelaksanaan pembelajaran danpemudahcaraan di peringkat prauniversiti. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajiantinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan melibatkan109 orang guru tingkatan enam yang mengajar mata pelajaran Ekonomi dan PengajianPerniagaan di sekolah menengah dalam Negeri Pahang. Subjek kajian pula terdiri daripada86 orang guru yang mengajar mata pelajaran berkenaan yang dipilih menggunakan teknikpersampelan secara kebetulan. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidikberstruktur. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferens. Analisisdeskriptif menjelaskan tahap perancangan dan persediaan guru, persediaan pelajar, pengurusan mata pelajaran, beban tugas guru mata pelajaran dan pelaksanaan pembelajaran danpemudahcaraan, manakala statistik inferens pula melibatkan ujian korelasi Pearson yang menerangkan hubungan antara pemboleh ubah kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawapelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan berada di tahap tinggi dengan skor min 3.08manakala perancangan dan persediaan guru, persediaan pelajar, pengurusan mata pelajaran dan bebantugas guru mata pelajaran berada di tahap sederhana. Analisis korelasi Pearson pulamenunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara perancangan dan persediaan guru,persediaan pelajar, pengurusan mata pelajaran dan pengalaman mengajar dengan pelaksanaanpembelajaran dan pemudahcaraan. Hubungan yang paling signifikan adalah hubungan antaraperancangan dan persediaan guru dengan pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan iaituNilai Pearson r ialah (86, p = 0.000) = 0.602, p