Keberkesanan penggunaan kaedah Koperatif Jigsaw terhadap pembelajaran permainan serta merta kibod dalam kalangan guru pelatih muzik
Kegagalan menguasai kemahiran permainan serta merta kibod dalam kalangan gurupelatih muzik masih berterusan. Kegagalan ini akan membuatkan guru pelatih muzikketinggalan untuk menguasai pembelajaran Kecekapan Kibod. Kajian ini bertujuan melihat keberkesanan penggunaan kaedah koperatif Jigsaw terhadap...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6784 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kegagalan menguasai kemahiran permainan serta merta kibod dalam kalangan gurupelatih muzik masih berterusan. Kegagalan ini akan membuatkan guru pelatih muzikketinggalan untuk menguasai pembelajaran Kecekapan Kibod. Kajian ini bertujuan melihat keberkesanan penggunaan kaedah koperatif Jigsaw terhadap pembelajaran permainan sertamerta kibod dalam kalangan guru pelatih muzik. Kajian kualitatif ini menggunakan rekabentuk kajian kes. Satu rancangan pengajaran berasaskan Model Pembelajaran KoperatifJigsaw dan Model Quality Appropriate Incentive Time (QAIT) telah dibina untuk membantupermainan serta merta kibod guru pelatih muzik. Seramai enam orang guru pelatih telah dipilih secara bertujuan. Data diperoleh melalui pemerhatian, kajian dokumen dan temubual. Dapatan kajian menunjukkan pembelajaran berasaskan kaedah koperatif Jigsaw membantumeningkatkan penguasaan peserta kajian dalam permainan serta merta kibod. Walau bagaimana pun,terdapat sedikit kelemahan dari sudut kelancaran dalam permainan serta merta kibod pesertakajian akibat dari permasalahan koordinasi antara pembacaan dan penjarian. Kajian inijuga mendapati pembelajaran melalui kaedah koperatif Jigsaw dapat membantu membina keyakinan diripeserta kajian dari aspek mengajar, memberi pendapat, menilai dan meningkatkan kemahirankibod. Kesimpulannya, dapatan utama kajian menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran koperatifJigsaw dapat meningkatkan pembelajaran serta merta kibod. Implikasi kajian menunjukkankaedah pembelajaran koperatif ini menyumbang kepadaPendidikan Muzik terutama dalam menguasai kemahiran permainan serta merta kibod. |
---|