Analisis ciri dan maksud hiperbola (Jaku Kelangkung) lirik lagu pop Iban era 70an hingga abad ke-21

Walaupun lagu pop Iban telah diperkenalkan pada penghujung tahun 50-an, namun kurang kajian dijalankan mengenai liriknya. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis ciri danmaksud hiperbola dalam empat puluh lirik lagu pop Iban era 70- an hingga abad ke-21. Hiperbolaadalah ungkapan yang berlebih-le...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Isa Lee
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6789
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Walaupun lagu pop Iban telah diperkenalkan pada penghujung tahun 50-an, namun kurang kajian dijalankan mengenai liriknya. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis ciri danmaksud hiperbola dalam empat puluh lirik lagu pop Iban era 70- an hingga abad ke-21. Hiperbolaadalah ungkapan yang berlebih-lebihan untuk memperoleh kesan tertentu. Teori relevan olehSperber dan Wilson digunakan untuk menerangkan kerelevanan sesuatu objek alam sebelum ianyaditerima menjadi maksud sesuatu percakapan manakala teori stilistik mengupas sesuatu gaya bahasa.Reka bentuk kajian fenomenologi ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatandeskriptif di mana teks lirik lagu sebagai bahan analisis. Dua instrumen kajian adalah analisis dokumen dan senarai semak di mana analisis data menggunakan analisisjenis tematik. Hasil dapatan analisis dokumen mendapati adanya ciri jumlah, sifat dan ukurandengan enam unsur tersiratnya iaitu alam, haiwan, manusia, frekuensi masa, jarak dan tempoh. Enamunsur tersirat maksud pula adalah alam, manusia, tumbuhan, haiwan, budaya dan benda bukan hidup.Jumlah hiperbola lirik rendah dalam era 70-an tetapi meningkat seterusnya. Ciri jumlah jarangdigunakan dalam abad ke-21 manakala ciri ukuran juga rendah dalam era 80-an hingga abad ke-21. Ciri sifat meningkat dalam era 80-an hingga abad ke-21 di mana unsur budaya pula paling tinggidalam era 80-an hingga abad ke-21. Lagu popular Kena Jayau Tubuh Nuan (era 70-an) dan Bekikis BuluBetis (abad ke-21) masing-masing menggunakan tema cinta. Kena Jayau Tubuh Nuan banyak menggunakanunsur tersirat manusia manakala Bekikis Bulu Betis lebih cenderung menggunakan unsurtersirat alam. Sebagai kesimpulan, kajian ini mendapati penggunaan unsur tersirat ciri dan maksudhiperbola lirik lagu pop Iban bergantung kepada nilai, persekitaran dan keadaan semasakehidupan masyarakat Iban itu sendiri. Implikasinya, penggunaan unsur tersirat ciri danmaksud dapat dijadikan sebagai panduan dan sumber rujuk terutamanya kepadamasyarakat Iban untuk menghasil dan meningkatkan mutu dankualiti lirik lagu-lagu pop Iban pada masa akan datang.