Pembinaan, kesahan dan kebolehpercayaan Modul Brief Cognitive Behavioural Therapy Mathematics Anxiety (BCBT-MA)

Kajian ini bertujuan membina modul dan menentukan kesahan dan kebolehpercayaan modul Brief Cognitive Behavioral Therapy Mathematics Anxiety (BCBT-MA). Modul ini bertujuan mengatasi masalah Mathematics Anxiety dengan cara menangani reaksi negatif, meningkatkan keyakinan terhadap angka dan menangani...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Muhamad Tajudin Mustafa
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2020
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6794
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan membina modul dan menentukan kesahan dan kebolehpercayaan modul Brief Cognitive Behavioral Therapy Mathematics Anxiety (BCBT-MA). Modul ini bertujuan mengatasi masalah Mathematics Anxiety dengan cara menangani reaksi negatif, meningkatkan keyakinan terhadap angka dan menangani perasaan bimbang dalam kalangan murid. Modul ini dibina berasaskan teori Brief Cognitive Behavioral Therapy oleh Cully dan Teten. Kajian ini menggunakan reka bentuk pembangunan modul. Seramai 10 orang panel pakar dalam bidang psikologi, kaunseling dan pendidikan matematik telah dipilih untuk menjawab dua soal selidik yang diubahsuai iaitu soal selidik kesahan kandungan modul berdasarkan Sidek dan Jamaludin dan soal selidik kesesuaian sesi dan aktiviti modul berdasarkan Mohammad Aziz Shah. Bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan modul, seramai 56 respondan dalam kalangan murid dari Pusat Perkembangan Minda; House of Mind Excellence (HOME Maths Therapy Centre) telah dipilih sebagai subjek kajian. Modul BCBT-MA yang mengandungi sembilan sesi dan 20 aktiviti telah dilaksanakan bagi menangani masalah kebimbangan Matematik seperti reaksi negatif, kurang keyakinan terhadap angka dan perasaan bimbang. Dapatan kajian menunjukkan nilai kesahan kandungan modul berdasarkan kesepakatan pakar adalah 88%. Manakala peratusan bagi kesahan kesesuaian sesi dan aktiviti modul BCBT-MA pula adalah 89%. Bagi nilai kebolehpercayaan modul keseluruhan mengunakan koefisyen Alfa Cronbach adalah = 0.89. Kesimpulannya, modul BCBT-MA mempunyai nilai kesahan kandungan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Justeru, implikasi kajian ialah penggunaan modul BCBT-MA boleh diaplikasikan untuk murid di sekolah rendah dan menengah di Malaysia untuk membantu mereka dalam menangani masalah kebimbangan Matematik dalam kalangan murid.