Pembinaan dan keberkesanan modul pembelajaran berasaskan masalah (PBM Bio Genetic) terhadap pencapaian akademik dan pemikiran kritis pelajar

Kajian ini adalah untuk membangunkan dan menguji keberkesanan modulPembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Bio Genetic terhadap pencapaian akademik dan kemahiranpemikiran kritis dalam kalangan pelajar kolej matrikulasi. Pembinaan modul adalah berdasarkan modelADDIE dan Seven Jump Model. Reka b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul 'Izzati Ah Kabri
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6796
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah untuk membangunkan dan menguji keberkesanan modulPembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Bio Genetic terhadap pencapaian akademik dan kemahiranpemikiran kritis dalam kalangan pelajar kolej matrikulasi. Pembinaan modul adalah berdasarkan modelADDIE dan Seven Jump Model. Reka bentuk kajian ini adalah kuasi eksperimen yang melibatkanseramai 60 pelajar biologi matrikulasi yang dipilih berdasarkan rawak berkelompok dandibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen diperkenalkan dengan pendekatan modul PBM Bio Genetic manakalakumpulan kawalan diajar menggunakan Pembelajaran Tradisional (PT). Instrumen yangdigunakan dalam kajian ini adalah satu set ujian pencapaian biologi terhadap topik GeneticInheritance dan satu set instrumen Malaysian Critical Thinking (MyCT). Data yang dikumpul telahdianalisis menggunakan statistik deskriptif bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaanmodul. Bagi menilai keberkesanan modul, ujian-t tidak bersandar dan ujian-t berpasangan digunakanbagi menguji kesemua hipotesis kajian. Kesahan modul mendapat peratus persetujuan pakar sebanyak87.16% manakala nilai kebolehpercayaan Cronbachs Alpha modul adalah 0.93. Hasil kajianmenunjukkan modul PBM Bio Genetic mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang sangat baik. Dapatankajian menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan bagi pencapaian akademik dan pemikirankritis di antara ujian pasca kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen [t = -6.344, (p