Faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran al-Quran terhadap pelajar disleksia daripada perspektif guru pendidikan khas kajian kes di negeri Perak

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran al-Quran terhadap pelajar disleksia daripada perspektif guru pendidikan khas di negeri Perak.Pengkaji memilih reka bentuk kajian kes dengan menggunakan model Ibnu Khaldun sebagaiteori asas mengenai pengajaran al-Quran yan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nura'tikah Mohd Razali
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6813
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran al-Quran terhadap pelajar disleksia daripada perspektif guru pendidikan khas di negeri Perak.Pengkaji memilih reka bentuk kajian kes dengan menggunakan model Ibnu Khaldun sebagaiteori asas mengenai pengajaran al-Quran yang menekankan tentang pengetahuan, kaedah pengajaran dankemampuan pelajar. Seramai tiga guru pendidikan khas yang mengajar al-Quran kepada pelajardisleksia serta tiga pelajar disleksia dipilih sebagai peserta kajian daripada dua buahsekolah di negeri Perak. Data dikumpul dengan menggunakan instrumen ujian dan temu bual. Datatemu bual telah dianalisis menggunakan analisis tematik. Hasil ujian menunjukkan penguasaan bacaanal-Quran dalam kalangan pelajar disleksia berada pada tahap sederhana lemah. Temu bualterhadap murid mendapati murid lebih cenderung meminati subjek yang mudah. Kaedahpengajaran guru yang disukai oleh pelajar disleksia tersebut adalah pengajaran yang menggunakanBahan Bantu Mengajar yang menarik, penulisan yang besar, dan pengajaran yang menyeronokkan. Temayang muncul daripada temu bual pelajar adalah pengajaran yang mudah dan menyeronokkan. Dapatankualitatif daripada temu bual guru pula menunjukkan beberapa tema yang muncul seperti pengetahuantentang cara pembelajaran pelajar disleksia, penguasaan kaedah pengajaran al-Quran yang menggunakan teknik multi-sensori, serta teknik pengulangan yang perlu diamalkan olehpelajar untuk meningkatkan penguasaan al-Quran. Dapatan ini menyokong model Ibnu Khaldun yangmenekankan kepada pengetahuan dan kaedah pengajaran yang sesuai. Faktor lain yangmengekang penguasaan al-Quran dalam kalangan pelajar disleksia adalah faktor masa yangterhad untuk pelajar mempelajari al-Quran serta kekurangan sokongan ibu bapa di rumah.Kesimpulannya, dapatan utama kajian ini menunjukkan bahawa pengetahuan tentang disleksia,cara pengajaran menggunakan teknik multi-sensori, penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik serta pengulangan adalah penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran al-Quran dalam kalangan pelajar disleksia. Implikasinya, guru pendidikan khas perlu didedahkan dengan cara pengajaran al-Quran yang menggunakan multi-sensori dan pembinaan bahan bantu mengajar yang menariksupaya pelajar disleksia dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalammendalami al-Quran supaya kadar bilangan buta huruf al-Quran dalam kalanganpelajar disleksia dapat dikurangkan.