Gaya kepimpinan ketua panitia bidang agama terhadap pengurusan kerja di Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya kepimpinan ketua panitia bidang agama dan pengurusan kerja di sekolah menengah agama di negeri Terengganu. Kajian tinjauan ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui instrumen soal selidik untuk mengumpul data kajian. Teori kepimpinan Al-Ghazali tel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Nasaruddin Al Hussaini Shaari
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6830
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya kepimpinan ketua panitia bidang agama dan pengurusan kerja di sekolah menengah agama di negeri Terengganu. Kajian tinjauan ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui instrumen soal selidik untuk mengumpul data kajian. Teori kepimpinan Al-Ghazali telah digunakan dengan menfokuskan aspek kepimpinan dari segi berilmu, bersifat warak, berkeupayaan diri dan muaddib. Seramai 52 orang ketua panitia bidang agama telah dipilih dari dua kategori sekolah agama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Data kajian telah dianalisis secara deskriptif dan inferens menggunakan peratusan, min, sisihan piawai, ujian-t, ANOVA dan korelasi Pearson. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan ketua panitia bidang agama bersetuju (M=4.11, SP=0.55) bahawa mereka memiliki gaya kepimpinan yang baik. Secara khususnya, ketua panitia bidang agama percaya bahawa mereka memiliki sifat warak (M=4.04, SP=0.62), keupayaan diri (M=4.23,SP=0.65), dan muaddib (M=4.41,SP=0.61). Namun, responden agak bersetuju (M=3.74, SP=0.64) bahawa mereka memiliki ilmu agama yang mendalam. Hasil analisis tersebut mendapati responden mendominasi gaya kepimpinan muaddib. Dapatan kajian berkenaan pengurusan kerja ketua panitia bidang agama secara keseluruhan mendapati ketua panitia bidang agama bersetuju (M=4.21, SP=0.55) bahawa mereka mempunyai pengurusan kerja yang baik. Secara khususnya, responden percaya dengan agihan bebanan kerja (M=4.33, SP=0.60), pengurusan emosi (M=4.17, SP=0.59), pengendalian personaliti (M=4.35, SP=0.57). Namun, responden agak bersetuju dengan aspek persekitaran kerja (M=3.93, SP=0.66). Hasil analisis statistik tersebut mendapati ketua panitia bidang agama lebih kompeten mengendali pengurusan kerja dari sudut personaliti. Analisis inferens melalui ujian-t dan ANOVA menunjukkan sepuluh hipotesis nol diterima. Pengujian terhadap demografi kajian mendapati tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan. Hal ini kerana kesemua hasil pengujian hipotesis nol yang diperoleh menunjukkan nilai p lebih besar daripada 0.05 (p>0.05). Ini menunjukkan tiada perbezaan gaya kepimpinan ketua panitia bidang agama berdasarkan faktor demografi. Walaubagaimanan pun, dapatan ujian korelasi Pearson secara keseluruhan menunjukkan empat hipotesis nol yang diuji ditolak. Hasil pengujian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara aspek gaya kepimpinan ketua panitia bidang agama dengan pengurusan kerja dalam aspek berilmu (r=0.63, p