Kajian watak watak wanita dalam kumpulan cerpen 'Am' mavuku' berdasarkan teori subaltern
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kedudukan watak-watak wanita dalam sistempatriarki kekeluargaan berdasarkan teori subaltern yang diutarakan oleh Gayathri Spivak.Mengikut teori tersebut, dalam konteks kajian terhadap wanita-wanita yang tertindas olehgolongan lelaki dalam patriarki kekeluarg...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6834 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kedudukan watak-watak wanita dalam sistempatriarki kekeluargaan berdasarkan teori subaltern yang diutarakan oleh Gayathri Spivak.Mengikut teori tersebut, dalam konteks kajian terhadap wanita-wanita yang tertindas olehgolongan lelaki dalam patriarki kekeluargaan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif secaradeskriptif berdasarkan analisis dokumen iaitu, teks cerpen Amm?vukku. Pemilihan cerpenAmm?vukku berdasarkan kepada teks cerpen yang lengkap dan ia memberi fokus kepadawanita Subaltern. Data diperoleh dianalisis secara analisis tematik melalui pembacaan danpenelitian bahan kajian, pemilihan data teks cerpen mengikut watak-watak wanita dalam sistempatriarki kekeluargaan, menyusun dan membuat rumusan. Setiap sembilan cerpen yang dikajimengandungi watak-watak wanita yang berbeza penindasan terhadap dirinya. Sebagai contohnya dalamcerpen 1, K?lam Ka?anta Pi? isteri dianggap sebagai orang gaji oleh suaminya manakala dalamcerpen 4, Amm?vukku pula isteri tidak diberi hak kesamarataan dalam keluarga olehsuaminya. Berdasarkan hasil kajian mendapati tiga tema, iaitu wanita sebagai seorang ibu,isteri dan anak. Dapatan kajian menunjukkan kedudukan watak-watak wanita tersebut dalampatriarki kekeluargaan. Hasil kajian mendapati bahawa wanita subaltern bereaksi terhadap kekuasaanlelaki dengan mendiamkan diri dan menjadi seorang yang penyabar serta memendamkan perasaan dalamdiri sendiri. Seterusnya, hasil kajian juga mendapati kewujudan wanita Subaltern dalam kebanyakkan institusi keluarga dan berfungsi sebagai wahana pembangunan insan dalam membentuk manusia yang prihatin terhadap kemahuan dan keperluan seseorang wanita.Kesimpulannya, kajian ini mendapati tindakbalas wanita yang ditindas oleh golongan lelakidalam kehidupan seharian mereka merupakan reaksi terhadap ketidakpuasan dalam kehidupanmereka. Perubahan hanya akan berlaku jika wanita-wanita tersebut membuat keputusan untukberani bertindak balas terhadap penindasan terhadap dirinya. Implikasinya, hasil kajian ini dapatdijadikan sumber rujukan kepada masyarakat terutamanya kepada golongan wanita untuk menyedaridan memainkan peranan dalam sesebuah institusikekeluargaan. |
---|