Kompetensi guru sebagai jurulatih bola sepak dan kesannya terhadap prestasi pemain Pusat Latihan Daerah (PLD) Kuala Lumpur

Kajian kualitatif berbentuk etnografi seperti yang telah dicadangkan oleh Sands inibertujuan mengkaji tahap kompetensi guru sebagai jurulatih bola sepak dan kesannya terhadapprestasi pemain Pusat Latihan Daerah (PLD) di Kuala Lumpur. Kajian ini dijalankan selamasembilan bulan bermula dari Julai 2018...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Fakrul Hazely Ismail
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6850
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian kualitatif berbentuk etnografi seperti yang telah dicadangkan oleh Sands inibertujuan mengkaji tahap kompetensi guru sebagai jurulatih bola sepak dan kesannya terhadapprestasi pemain Pusat Latihan Daerah (PLD) di Kuala Lumpur. Kajian ini dijalankan selamasembilan bulan bermula dari Julai 2018 hingga April 2019. Sebanyak 10 orang jurulatih PLDdalam kalangan guru telah terlibat sebagai peserta kajian dan ditemu bual bagi mendapatkandata. Jumlah peserta kajian telah di tentukan oleh tahap saturation of information di manapeserta kajian yang di temu bual didapati sudah tidak dapat mengemukakan sesuatu data yangbaru berbanding dengan peserta kajian sebelumnya. Data hasil dari temu bual, pemerhatian dankajian lapangan serta dokumen yang berkaitan telah dianalisis menggunakan kaedahthematic analysis seperti yang telah dicadangkan oleh Patton. Kesimpulannya,dapatan utama kajian yang dijalankan mendapati tahap kompetensi jurulatih dalam kalanganguru dapat mempengaruhi prestasi pemain bola sepak PLD di Kuala Lumpur seterusnya dapatmenyumbang kepada peningkatan kualiti pemain bola sepak di Malaysia. Model Kompetensi GuruSebagai Jurulatih Bola Sepak Dan Kesannya Terhadap Prestasi Pemain Pusat Latihan Daerah(PLD) Kuala Lumpur juga berjaya dihasilkan melalui kajian ini. Implikasi kajian ini ialah modelyang dihasilkan dapat dijadikan panduan untuk penambahbaikan silibus kejurulatihan disamping meningkatkan tahap kompetensi jurulatih dalam kalangan guru seterusnya dapatmenyumbang kepada peningkatan prestasi pemain.