Peranan Arkib Negara Malaysia dalam penyimpanan dan pemeliharaan rekod British di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1896-1941
Kajian ini bertujuan menilai fungsi Arkib Negara Malaysia (ANM) sebagai pusatpenyimpan dan pemelihara rekod-rekod pada zaman British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB),1896-1941. Arkib Negara Malaysia diberi tanggungjawab menjadi tempat penyimpanan, pemeliharaan,dan pemuliharaan rekod-rekod se...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6868 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan menilai fungsi Arkib Negara Malaysia (ANM) sebagai pusatpenyimpan dan pemelihara rekod-rekod pada zaman British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB),1896-1941. Arkib Negara Malaysia diberi tanggungjawab menjadi tempat penyimpanan, pemeliharaan,dan pemuliharaan rekod-rekod sejarah negara khususnya rekod rasmi kerajaan daripada erakolonial sehingga merdeka. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk analisis dokumen danmanuskrip telah dipilih untuk menjawab empat soalan kajian dengan perolehan sumber-sumber primeryang dikaji terdiri daripada bahan dalam bentuk fail dan terbitan bagi kumpulan rekod persekutuandan negeri antaranya ialah kumpulan rekod High Commissioner Office, Jabatan Ukur dan Pemetaan,British Residen, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Tanah dan Daerah. Dapatan kajianmembuktikan bahawa ANM merupakan sebuah jabatan kerajaan yang diberi tanggungjawab menyimpandan memelihara rekod rasmi kerajaan berdasarkan punca kuasa yang diluluskan oleh parlimeniaitu Akta Arkib Negara 44/1966 (dimansuhkan oleh Akta 629/2003). Dapatan kajian jugamembuktikan kumpulan rekod yang dipelihara dan disimpan adalah termasuk rekod-rekod kerajaan padazaman kolonial British dalam pentadbiran di NNMB. Sebagai kesimpulannya, kajian ini jugamembuktikan kumpulan rekod dan maklumat di NNMB amat penting kepada sejarah negara dan juga sebagaisumber rujukan utama kepada para penyelidik yang menjalankan kajian pada era kolonial British.Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan rekod-rekod yang terdapat di Arkib NegaraMalaysia amat bernilai kepada para penyelidik dan institusi pendidikan negara selaras denganperanan ANM yang sangat penting dalam penyimpanan dan pemeliharaan rekod-rekod rasmi kerajaanMalaysia. |
---|