Peranan Arkib Negara Malaysia dalam penyimpanan dan pemeliharaan rekod British di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1896-1941

Kajian ini bertujuan menilai fungsi Arkib Negara Malaysia (ANM) sebagai pusatpenyimpan dan pemelihara rekod-rekod pada zaman British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB),1896-1941. Arkib Negara Malaysia diberi tanggungjawab menjadi tempat penyimpanan, pemeliharaan,dan pemuliharaan rekod-rekod se...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Zaidin Mohd Noor
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2021
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6868
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan menilai fungsi Arkib Negara Malaysia (ANM) sebagai pusatpenyimpan dan pemelihara rekod-rekod pada zaman British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB),1896-1941. Arkib Negara Malaysia diberi tanggungjawab menjadi tempat penyimpanan, pemeliharaan,dan pemuliharaan rekod-rekod sejarah negara khususnya rekod rasmi kerajaan daripada erakolonial sehingga merdeka. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk analisis dokumen danmanuskrip telah dipilih untuk menjawab empat soalan kajian dengan perolehan sumber-sumber primeryang dikaji terdiri daripada bahan dalam bentuk fail dan terbitan bagi kumpulan rekod persekutuandan negeri antaranya ialah kumpulan rekod High Commissioner Office, Jabatan Ukur dan Pemetaan,British Residen, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Tanah dan Daerah. Dapatan kajianmembuktikan bahawa ANM merupakan sebuah jabatan kerajaan yang diberi tanggungjawab menyimpandan memelihara rekod rasmi kerajaan berdasarkan punca kuasa yang diluluskan oleh parlimeniaitu Akta Arkib Negara 44/1966 (dimansuhkan oleh Akta 629/2003). Dapatan kajian jugamembuktikan kumpulan rekod yang dipelihara dan disimpan adalah termasuk rekod-rekod kerajaan padazaman kolonial British dalam pentadbiran di NNMB. Sebagai kesimpulannya, kajian ini jugamembuktikan kumpulan rekod dan maklumat di NNMB amat penting kepada sejarah negara dan juga sebagaisumber rujukan utama kepada para penyelidik yang menjalankan kajian pada era kolonial British.Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan rekod-rekod yang terdapat di Arkib NegaraMalaysia amat bernilai kepada para penyelidik dan institusi pendidikan negara selaras denganperanan ANM yang sangat penting dalam penyimpanan dan pemeliharaan rekod-rekod rasmi kerajaanMalaysia.