Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran hadis dalam Pendidikan Islam di sekolah menengah negeri Perak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran hadisdalam Pendidikan Islam sekolah menengah di negeri Perak. Kajian ini menggunakan kaedahtinjauan. Sampel kajian terdiri daripada 269 orang guru dan 827 orang murid yang telah dipilihsecara rawak bersrata daripada 80...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: W Azizi Abdul Rahman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6879
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran hadisdalam Pendidikan Islam sekolah menengah di negeri Perak. Kajian ini menggunakan kaedahtinjauan. Sampel kajian terdiri daripada 269 orang guru dan 827 orang murid yang telah dipilihsecara rawak bersrata daripada 806 orang guru Pendidikan Islam tingkatan 4 dan 9975 orang muridIslam tingkatan empat sekolah menengah harian di negeri Perak. Instrumen kajian yang digunakanialah set soal selidik untuk guru dan murid yang telah disahkan oleh tujuh orang pakar.Kebolehpercayaan instrumen soal selidik adalah tinggi berdasarkan pekali Alpha Cronbach bagi soalselidik guru (>0.843) dan soal selidik murid (>0.807). Data dianalisis menggunakan statistikdeskriptif kekerapan, peratusan min, sisihan piawai dan inferens ujian t, ANOVA dan kolerasi.Statistik deskriptif untuk aspek pelaksanaan dan penilaian pengajaran. Statistik inferensipula digunakan untuk melihat perbezaan berdasarkan faktor-faktor demografi jantina, kelulusanakademik, lokasi dan pengalaman mengajar. Dapatan kajian pelaksanaan pengajaran danpembelajaran hadis dalam Pendidikan Islam (sukatan pelajaran, peruntukan masa, dan bahan bantumengajar) menurut persepsi guru berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.87, s.p=0.13)manakalamenurut persepsi murid pada tahap sederhana tinggi (min=3.88, sp=0.16). Dapatan kaedah pengajaranguru (kitabah, qiraah, sama dan perbincangan) menurut persepsi guru berada pada tahap tinggi(min=4.66, s.p=0.20), manakala menurut persepsi murid (min=4.62, s.p=0.16). Pencapaianmurid dalam pembelajaran hadis menurut persepsi guru pada interpretasi tinggi dengan skor(min=4.26, s.p=0.56). Analisis inferens pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yangsignifikan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran hadis dalam Pendidikan Islamberdasarkan faktor demografi. Analisis korelasi digunakan untuk melihat hubungan antarapengajaran guru dengan pencapaian murid berdasarkan persepsi guru menunjukkan terdapat hubunganyang signifikan antara pengajaran guru dengan pencapaian murid (r=0.845, p