Pelaksanaan program dakwah di masjid-masjid Daerah Batang Padang, Perak Darul Ridzuan

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis program dakwah yang dilaksanakandi masjid di daerah Batang Padang Perak, mengenal pasti faktor-faktor yangmempengaruhi kekerapan pelaksanaan program dakwah dan menganalisis masalah yang dihadapi pihak pengurusan dalam melaksanakan program da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Hasimah Arbain
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6889
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis program dakwah yang dilaksanakandi masjid di daerah Batang Padang Perak, mengenal pasti faktor-faktor yangmempengaruhi kekerapan pelaksanaan program dakwah dan menganalisis masalah yang dihadapi pihak pengurusan dalam melaksanakan program dakwah. Kajian ini menggunakan reka bentukkuantitatif dengan kaedah tinjauan secara soal selidik. Seramai 245 orang responden yangdipilih dengan menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah. Data yang telah diperolehidianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences 20.0 (SPSS).Hasil kajian mendapati jenis-jenis program dakwah yang dilaksanakan di masjid adalah programberbentuk ihya Ramadan, ibadah dan keagamaan. Dapatan kajian mendapati faktor-faktor terhadapkekerapan pelaksanaan program dakwah di tahap sederhana dengan nilai purata min 3.41 berdasarkankedudukan masjid yang strategik dan sumber kewangan yang kukuh. Dapatan kajian ini jugamendapati masalah-masalah yang dihadapi pihak pengurusan masjid dalam melaksanakan program dakwahberada pada tahap sederhana dengan nilai purata min 2.98. Di antara masalah yang berlakudalam pelaksanaan program dakwah masjid melalui pendidikan ialah pengajar sentiasa bertukar-tukardan kuliah yang disampaikan juga sentiasa berubah-ubah menyebabkan responden kurang tumpuan danhilang minat terhadap perubahan yangsering berlaku.