Pembangunan Magical Mat Matematik awal menggunakan model pembelajaran 5E untuk murid-murid berumur 6 tahun
Kajian ini bertujuan membangunkan bahan bantu mengajar Magical Mat bagimengajar operasi tambah matematik mengunakan model ADDIE. Dalam kajian ini hanya empatfasa yang telah digunakan iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk, fasa pembangunan danfasa pelaksanaan untuk membangunkan Magical Mat...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6898 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan membangunkan bahan bantu mengajar Magical Mat bagimengajar operasi tambah matematik mengunakan model ADDIE. Dalam kajian ini hanya empatfasa yang telah digunakan iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk, fasa pembangunan danfasa pelaksanaan untuk membangunkan Magical Mat ini. Di samping itu, teori-teori pembelajaran(Teori Konstruktivisme Kognitif Piaget, dan Teori Konstruktivisme Sosial Vygotsky) serta modelpembelajaran 5E (engagement, exploration, explanation, elaboration, and evaluation) telah digunakan untuk merancang aktiviti Magical Mat ini. Sampel utama dalam kajian inimerupakan 56 orang guru prasekolah daerah Sabak Bernam, Selangor. Selain itu, 3 pensyarah dan 2guru prasekolah sebagai pakar dalam pendidikan awal kanak-kanak telahmengesahkan pembangunan Magical Mat tersebut. Pendekatan utama yang digunakan dalam kajian iniadalah pendekatan kuantitatif yang telah diperkukuhkan dengan temu bual serta analisis dokumenmengikut fasa-fasa tertentu. Soal selidik dan temu bual bagi fasa analisis keperluanmenunjukkan bahawa majoriti guru prasekolah setuju dengan pembangunan BBM untuk mengajarkonsep tambah matematik. Bagi fasa reka bentuk pula, dapatan soal selidiknya telah menghasilkanprototaip Magical Mat dari segi permukaan dan garis panduannya. Fasa pembangunan pula, prototaip Magical Mat telah dinilai oleh pakar-pakar pendidikan awal kanak-kanak. Borangpenilaian BBM tersebut dianalisis serta telah melaksanakan penambahbaikan mengikutcadangan yang diberi oleh pakar. Bagi fasa pelaksanaan pula, Magical Mat tersebut telah digunakanuntuk mengetahui kebolehgunaannya. Berdasarkan analisis data soal selidik dan temu bual, MagicalMat boleh digunakan dalam sesi P&P untuk mengajar operasi tambah bagi murid prasekolah. Implikasiyang terdapat dalam kajian ini adalah pembangunanan Magical Mat berdasarkan teori dan modelpembelajaran. Seterusnya, pembangunan Magical Mat bagi membantu guru dalam sesi pengajarandan pembelajaran. |
---|