Pembangunan set-set rancangan pengajaran harian program pemulihan khas Matematik tahap 1 berdasarkan Model Peringkat Kefahaman Numerasi Sekolah Rendah

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan set - set rancangan pengajaran harian (RPH)yang mengandungi soalan permasalahan kehidupan harian dan digunakan dalam pengajaran danpembelajaran matematik pemulihan khas Tahun 3 serta diuji keberkesanannya. Ianyaadaptasi Model Peringkat Kefahaman Numerasi Sekol...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul Majdiah Rosli
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6899
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membangunkan set - set rancangan pengajaran harian (RPH)yang mengandungi soalan permasalahan kehidupan harian dan digunakan dalam pengajaran danpembelajaran matematik pemulihan khas Tahun 3 serta diuji keberkesanannya. Ianyaadaptasi Model Peringkat Kefahaman Numerasi Sekolah Rendah (MPKNSR). Pemilihan sampelkajian berdasarkan persampelan bertujuan melibatkan 20 orang murid Tahun 3 didua buah sekolahkebangsaan di daerah Petaling Perdana, Selangor. Sampel kajian merupakan 10 orang murid kumpulankawalan dan 10 orang murid kumpulan rawatan. Kumpulan rawatan menggunakan 12 set rancanganpengajaran harian yang dibina manakala kumpulan kawalan menggunakan Buku Panduan PengajaranMatematik program pemulihan khas. Kajian melibatkan dua fasa iatu pembinaan set RPH dan pengujiankeberkesanan set RPH yang dijalankan selama enam minggu. Tiga orang panel penilai dilantikbagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dalam pembinaan 12 set RPH serta 3 setsoalan ujian. Tiga set ujian diadaptasi daripada ujian pelepasan oleh Unit Pemulihan Khas, SektorPendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Kesemuanya dinilaiberdasarkan rubrik pembinaan RPH yang diadaptasi daripada Stevens dan Levi (2013). Seterusnya, 3set ujian (diagnostik,pra dan pos) digunakan bagi menilai keberkesanan 12 set RPH MPKNSR.Analisis deskriptif digunakan bagi menjelaskan kebolehpercayaan yang tinggi terhadap 12 set RPH danpencapaian murid. Hasil kajian menunjukkan 12 set RPH MPKNSR serta set-set ujian yang digunakanmemperoleh nilai min kesahan yang tinggi iatu set RPH MPKNSR ialah M=3.89 dan min set-set ujianadalah M=3.77. Ujian t-test mendapati, peningkatan pencapaian kumpulan rawatan berbandingkumpulan kawalan didalam ujian pos adalah signifikan pada kadar skor dari ujian pra (M= 24, s.p=8)ke ujian pos (M= 66, s.p=21) dan nilai t ialah -9.000 dengan tahap signifikan p ialah 0.000.Kesimpulan daripada kajian menunjukkan variasi 12 set RPH yang dibangunkan berdasarkanMPKNSR berkesan terhadappencapaian matematik murid pemulihan khas Tahun 3.