Pendidikan pelbagai budaya dan penerapannya dalam sistem pendidikan nasional : aplikasi pendekatan Delphi
Sejak negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, pemupukan perpaduan nasional telah dilakukan dengan pelbagai kaedah dan strategi termasuklah dalam bidang pendidikan.Pada asalnya tumpuan adalah terhadap usaha mengintegrasikan tiga kaum utama di negaraini iaitu Melayu, Cina dan India. Dengan pe...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2011
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6911 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sejak negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, pemupukan perpaduan nasional telah dilakukan dengan pelbagai kaedah dan strategi termasuklah dalam bidang pendidikan.Pada asalnya tumpuan adalah terhadap usaha mengintegrasikan tiga kaum utama di negaraini iaitu Melayu, Cina dan India. Dengan perkembangan terbaharu dalam sistem pendidikannasional, dan ditambah dengan cabaran terkini dalam kepelbagaian budaya penduduk sertainteraksi yang semakin global, suatu pendekatan baharu wajar diteliti bagi mengetengahkanperpaduan sebagai satu agenda utama dalam pendidikan di negara ini. Dalam hal ini,pendekatan .baharu melalui Pendidikan Pelbagai Budaya (PPB) dilihat sebagai satu strategi yang boleh diketengahkan bagi mendepani permasalahan berkenaan. PPB merupakan suatu kerangka konsep yang memberi penekanan kepada kepentingan mengiktiraf kepelbagaian budaya dalam masyarakat majmuk. Menerusi strategi pelaksanaannya,PPB bermatlamat meningkatkan persefahaman, toleransi dan perpaduan antara ahli masyarakat tanpa mengira perbezaan etnik, budaya, kelas sosial, gender dan keupayaan mentalatau fizikal. Kajian ini secara umumnya meneliti kerangka PPB berdasarkan Model Dimensi PPB yang telah dibina dalam hubungannya dengan sistem pendidikan di Malaysia. Secarakhususnya pula, kajian ini dijalankan bagi mendapatkan pandangan pakar tentang konsep,prinsip, falsafah, matlamat dan strategi PPB dalam konteks sistem pendidikan nasional. Seterusnya, kajian ini turut mengetengahkan cadangan tentang peri pentingnya PPBdilaksanakan bagi memenuhi agenda perpaduan kaum yang lebih mantap. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah Delphi sebanyak tiga pusingan soal selidik bagi memperoleh maklumbalas daripada sekumpulan pakar yang dipilih berdasarkan kriteria-kriteria khusus. Hasilanalisis maklum balas pakar digunakan dalam membuat keputusan tentang keperluan dan jangkaanterhadap PPB. Kaedah ini juga digunakan bagi menentukan kesesuaian dan keberkesananpelaksanaan PPB di negara ini pada masa hadapan. Hasil kajian menunjukkan dengan jelasjumlah peratusan yang munasabah tentang tiga perkara: pertama, tentang wujudnya keperluan untuk pelaksanaan PPB; ked tentang wujudnya potensi PPB diterima; danketiga, tentang keberkesanan pelaksanaan PPB dalam sistem pendidikan negara. Secarakhusus, penerapan PPB dalam sistem pendidikan boleh menyediakan ruang dan kesempatan yang lebih baik untuk memenuhi tuntutan menyatupadukan masyarakat berbilang budaya.Di samping itu, penerapan PPB ini juga boleh dijalankan dengan lebih menyeluruh danberkesan. Secara keseluruhannya, PPB turut diperakui sebagai strategi terbaik untuk melengkapkan fungsi pendidikan sebagai pembentuk insan yang seimbang. Ini adalah sejajar dengan pelan bertindak bagi menghadapi cabaran masa hadapan dalammasyarakat moden Malaysia. |
---|