Pembinaan modul seksualiti PEKAsa berasaskan latihan mempertahankan diri bagi kanak-kanak prasekolah

Kajian ini bertujuan untuk membina Modul Seksualiti PEKASa (Pendidikan

Kesihatan Asas Seksualiti) berasaskan Latihan Mempertahankan Diri bagi kanak- kanak

prasekolah dalam usaha meningkatkan pengetahuan pendidikan s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zarina Eshak
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6917
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk membina Modul Seksualiti PEKASa (Pendidikan

Kesihatan Asas Seksualiti) berasaskan Latihan Mempertahankan Diri bagi kanak- kanak

prasekolah dalam usaha meningkatkan pengetahuan pendidikan seksualiti dan dapat menjaga

keselamatan diri kanak-kanak prasekolah. Penyelidikan ini menggunakan kajian

Rekabentuk dan Pembangunan (Design & Development Research - DDR). Kajian ini dilaksanakan

dalam tiga fasa, iaitu Fasa I, II dan III. Fasa I kajian melibatkan fasa analisis keperluan

yang menggunakan kaedah tinjauan dengan jumlah sampel adalah seramai 126 orang yang terdiri

daripada guru-guru dan ibu bapa kanak-kanak prasekolah. Manakala Fasa II iaitu fasa reka

bentuk dan pembangunan modul yang dilaksanakan untuk mengenalpasti komponen utama dan

elemen-elemen pendidikan seksualiti yang berasaskan latihan mempertahankan diri dengan

jumlah sampel seramai 17 orang pakar daripada bidang berkaitan kajian. Seterusnya Fasa

III merupakan Fasa Penilaian Kebolehgunaan untuk melihat kebolehgunaan modul yang

dibina dengan jumlah sampel 30 orang terdiri daripada ibu bapa, guru-guru prasekolah dan

lapan orang pakar. Dapatan daripada analisis keperluan menunjukkan bahawa terdapat keperluan

untuk membina modul pendidikan seksualiti berasaskan Latihan Mempertahankan Diri. Manakala fasa II

melalui analisis Teknik Fuzzy Delphi, lima komponen modul dan 30 elemen terhasil dalam modul ini

kerana mempunyai nilai threshold (d) 0.2, kesepakatan pakar 75% dan nilai - cut= 0.5. Bagi

fasa III pula melalui teknik Kumpulan Nominal ubahsuai (modified NGT) telah menunjukkan

kesepakatan pakar iaitu melebihi 70% terhadap kesemua item-item yang terdapat di dalam

modul Seksualiti PEKASa. Hasil daripada temu bual yang dijalankan ke atas lapan orang

pakar, kesepakatan diperoleh terhadap modul ini kerana pengetahuan dan kemahiran guru dan

ibubapa tentang pendidikan seksualiti yang berasaskan Latihan Mempertahankan Diri dapat

dipertingkatkan. Kesimpulannya kajian ini telah menghasilkan modul Latihan Pendidikan

Seksualiti yang mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi. Pelaksanaan kajian ini diharapkan dapat

memberi manfaat kepada sistem pendidikan negara kita melalui pembinaan Modul Seksualiti

PEKASa berasaskan Latihan Mempertahankan Diri khususnya

kepada kanak-kanak prasekolah.