Kepengarangan dan individualiti Rahman Shaari dalam puisi berdasarkan teori teksdealisme dan stilistik

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji aspek kepengarangan dan individualiti penyair RahmanShaari dalam sajak sajak terpilih. Kajian ini merupakan kajian berbentuk kualitatifmenggunakan kaedah kepustakaan, analisis kandungan dan analisis deskriptif. Data utama kajian ialahlima buah kumpulan pu...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Rahayu Akhesah
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2021
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6941
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji aspek kepengarangan dan individualiti penyair RahmanShaari dalam sajak sajak terpilih. Kajian ini merupakan kajian berbentuk kualitatifmenggunakan kaedah kepustakaan, analisis kandungan dan analisis deskriptif. Data utama kajian ialahlima buah kumpulan puisi Rahman Shaari berjudul Kesan Kunjungan (1982), Selamat PagiFajar(1989), Melati dan Bahang(1994), Anjung Deklamator(2005) dan AnjungPersinggahan(2006). Jumlah sajak yang terpilih daripada lima kumpulan puisi ini ialahsebanyak 257 sajak. Analisis kandungan tertumpu kepada aspek tema dan persoalan, kepengarangan danindividualiti. Data dianalisis dan dibincangkan secara deskriptif berpandukan prinsip-prinsip teoriTeksdealisme oleh Mana Sikana (1996) dan teori Stilistik J.J.Webber (1989). Hasil analisismenunjukkan tema dan persoalan sajak-sajak Rahman Shaari berubah sepanjang tempoh kepengkaryaannyabermula dari tahun 1976-2006 dan mempengaruhi gaya kepengarangannya. Kajian ini jugamendapati kepengarangan Rahman Shaari berubah secara bertahap bermula dengan tahap kehadiranhinggalah ke tahap mencapai individualitinya. Kekuatan kepengarangan Rahman Shaari banyakdipengaruhi oleh aspek gaya bahasa khususnya gaya bahasa sinis dan kaedah penyampaian sajaksecara artistik. Hasil analisis ini juga menunjukkan Rahman Shaari sentiasa konsistenmenguasai gaya sinikal ini sehingga menonjolkan sifat individualitinya sebagai seorang penyairartistik. Berdasarkan dapatan kajian ini dapat dirumuskan bahawa kepengarangan Rahman Shaaribertunjangkan pada tiga aspek utama iaitu tema dan persoalan, gaya bahasa dan unsurartistik yang tergabung sehinggadividualiti Rahman Shaari sebagai penyair terkenal.