Prinsip pembelajaran Mentalis dalam teks Kesusasteraan Melayu sekolah menengah
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji prinsip pembelajaran Teori Mentalis dalam teksKesusasteraan Melayu sekolah menengah. Kajian ini juga menilai perkaitan prinsippembelajaran Teori Mentalis yang dipelopori oleh Noam Chomsky dalam teksKesusasteraan Melayu sekolah menengah. Teori Mentalis mengutamakan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6952 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji prinsip pembelajaran Teori Mentalis dalam teksKesusasteraan Melayu sekolah menengah. Kajian ini juga menilai perkaitan prinsippembelajaran Teori Mentalis yang dipelopori oleh Noam Chomsky dalam teksKesusasteraan Melayu sekolah menengah. Teori Mentalis mengutamakan kemahiran membaca danjuga menulis dalam kalangan pelajar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian secara kuantitatif dan data dianalisis menggunakan Cohens Kappa untuk mengukur tahapkesahan dalam penyelidikan. Pemilihan subjek kajian melibatkan 100 orang pelajar tingkatan6 dan 179 orang pelajar tingkatan 4 aliran sastera. Instrumen kajian yang digunakandalam kajian ini ialah skala likert bagi darjah persetujuan yang berbeza yang terdapatdalam soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan analisisinferensi. Analisis deskriptif menjelaskan tahap pemikiran kritis pelajar, manakala statistik inferensi pula melibatkan ujian Korelasi Pearson yang menerangkanperbezaan serta hubungan antara pemboleh ubah kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawaPrinsip Pembelajaran Teori Mentalis dapat memberi kesan dalam pembelajaran Kesusasteraan Melayu dan membantu pelajar untuk memahami Kesusasteraan Melayu. Kesimpulandaripada kajian menunjukkan keberkesanan prinsip pembelajaran kepada pelajar dari segi bahasatelah meningkatkan pemikiran kristis pelajar. Implikasi kajian menunjukkan penggunaan prinsippembelajaran Teori Mentalis dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaranKesusasteraan Melayu. |
---|