Kajian kes pemupukan budaya membaca dalam kalangan murid sekolah rendah

<p>Kajian ini bertujuan mengenal pasti pemupukan budaya membaca dalam kalanganmurid di sebuah sekolah rendah. Secara khusus objektif kajian ini adalah untuk menerokapenerapan budaya membaca dalam perspektif sekolah rendah, melihat ciri- ciri budaya membaca yangdiamalkan oleh murid, men...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Adam Zaulkarnain Saleng
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6961
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini bertujuan mengenal pasti pemupukan budaya membaca dalam kalanganmurid di sebuah sekolah rendah. Secara khusus objektif kajian ini adalah untuk menerokapenerapan budaya membaca dalam perspektif sekolah rendah, melihat ciri- ciri budaya membaca yangdiamalkan oleh murid, mengenal pasti penglibatan sekolah dalam memupuk budaya membaca, mengenalpasti faktor-faktor yang menghalang pemupukan budaya membaca dan keperluan dalam membudayakan budaya membaca. Pendekatan kualitatif telah dipilih dengan menggunakan kajian kes sebagai metodologi kajian. Tiga teknik triangulasi kutipan data digunakan iaitu pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Informan yang ditemu bual secara mendalam hingga ketahapketepuan data adalah seramai 15 orang murid dan empat orang guru. Data dianalisis dengan melakukanproses transkripsi dan pengekodan dalam melihat kecenderungan terhadap budaya membaca. Teoribudaya yang diperkenalkan oleh Piere Bourdieu digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajianmenunjukkan budaya membaca bukan habitus dalam kalangan murid. Membaca bukanlah satuperkara yang dilakukakan secara rela dan keinginan untuk membaca tidak seperti keinginanuntuk berseronok. Dalam persekitaran sekolah, murid lebih cenderung kepada kebiasaanberseronok bersama kawan-kawan. Di sekolah ini murid hanya membaca untuk tujuan peperiksaan, kurang program budaya membaca dan bahan-bahan sokongan tidak mencukupi.Dalam konteks kajian, jika seseorang dilihat membaca buku, sudah dianggap sebagai budaya membaca. Kajian merumuskan budaya membaca dalam kalangan murid ditafsirkan sebagai seseorang yang membaca buku untuk tujuan pembelajaran, masa lapang, keseronokandan sebagainya tetapi bukan sebagai tabiat. Implikasi adalah habitus membaca murid perlukan perubahan melalui pelbagai pendekatan termasuk program sepanjang tahun, penyediaan koleksidan kemudahan capaian maklumat yang lebih baik (modal budaya) dalam lapangan (field) sekolah.</p>