Kesan alat pembelajaran Augmented Reality terhadap konsep pengaliran arus elektrik dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional
Konsep pengaliran arus elektrik adalah sukar jika ia diterangkan secara lisan bersamarujukan bercetak. Masalah kekurangan bahan media berteknologi telah menyukarkanpara pelajar dalam mempelajari konsep berkenaan. Berdasarkan latar belakangberkenaan, kajian ini dijalankan untuk mereka bentuk, membang...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6963 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Konsep pengaliran arus elektrik adalah sukar jika ia diterangkan secara lisan bersamarujukan bercetak. Masalah kekurangan bahan media berteknologi telah menyukarkanpara pelajar dalam mempelajari konsep berkenaan. Berdasarkan latar belakangberkenaan, kajian ini dijalankan untuk mereka bentuk, membangunkan alatpembelajaran aplikasi teknologi dengan menggunakan model ADDIE, dan mengujikeberkesanan alat pembelajaran berasaskan teknologi Augmented Reality (AR) yang dinamakan RekBen Tube untuk membantu pelajar sekolah menengah teknik danvokasional dalam mempelajari konsep pengaliran arus elektrik. Kajian inimenggunakan kaedah kuantitatif melibatkan reka bentuk kuasi-eksperimental. Sampelkajian terdiri daripada 30 pelajar kolej vokasional yang dibahagikan kepada satukumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan secara persampelan rawak mudah. Parapelajar dalam kumpulan rawatan menggunakan RekBen Tube untuk mempelajarikonsep pengaliran arus elektrik, manakala para pelajar dalam kumpulan kawalanmenggunakan kaedah konvensional. Instrumen kajian merupakan satu set soalan ujianuntuk mengukur kefahaman pelajar tentang konsep pengaliran arus elektrik. Ujian tdigunakan untuk menganalisis perbezaan dalam skor min bagi keputusan ujian antarakedua-dua kumpulan. Dapatan menunjukkan pencapaian keberkesanan penggunaanalat pembelajaran aplikasi teknologi AR adalah signifikan iaitu p = 0.000 bagi ujian posuntuk kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Maka, RekBen Tube boleh dijadikansebagai alat pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk membantupelajar kolej vokasional dalam mempelajari asas pengaliran konsep elektrik denganlebih berkesan lagi seterusnya memberikan pelbagai sumbangan penting kepada sosialdan teknikal. |
---|