Amalan terbaik guru dalam pendidikan anak usia dini (PAUD) di Kota Banda Aceh

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui amalan terbaik guru pendidikan awal kanakkanak

(PAUD) di Kota Banda Aceh. Fokus penyelidikan ini adalah untuk meneroka

spesifikasi dan kelayakan guru serta pendekatan pengajaran...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2021

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6976 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui amalan terbaik guru pendidikan awal kanakkanak

(PAUD) di Kota Banda Aceh. Fokus penyelidikan ini adalah untuk meneroka

spesifikasi dan kelayakan guru serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang

dapat membantu dalam pengajaran. Untuk meneroka bagaimana guru memilih

prosedur, menentukan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang

dipraktikkan, serta memahami bagaimana mempelajari norma dan kriteria guru untuk

kejayaan pengajaran. Pendekatan kualitatif yang digunakan dalam kajian ini adalah

temu bual, pemerhatian dan dokumentasi untuk pengumpulan data. Kajian ini

dilakukan di tiga program KB (Taska), tiga program TPA dan tiga program Tadika.

Responden kajian ini adalah 18 orang pendidik yang terdiri daripada enam guru fasa 0-

2 kanak-kanak, enam guru fasa 2-4 tahun, dan enam guru fasa berumur 4-6 tahun.

Pengesahan data menggunakan teknik triangulasi sumber data dan teknik

perbandingan, serta dianalisis menggunakan teknik analisis kritis Coheren Cappa.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa selain daripada berkelayakan dari segi akademik,

antara kriteria yang ditunjukkan dalam pengajaran adalah mengajar sepenuh hati,

komited dan bertanggungjawab dengan tugasnya serta menunjukkan elemen keikhlasan

semasa bersama kanak-kanak. Dari segi amalan terbaik pendekatan, selain mempunyai

ilmu pedagogi, pendidik mempunyai keupayaan mengajar menggunakan kemahiran,

pengetahuan profesional dan kepakaran. Antara norma dan kriteria kejayaan pengajaran

guru yang diamalkan di PAUD, pendidik yang menjadikan proses pembelajaran

berkualiti, tahu memilih prosedur, menentukan kaedah dan teknik pengajaran dan

pembelajaran, sehingga objektif pembelajaran tercapai. Guru dengan kompetensi

pedagogi dan profesionalisme yang mempunyai strategi pengajaran di dalam kelas dan

di luar kelas, sesuai dengan pemahaman bagaimana norma dan kriteria kejayaan

pengajaran. Kesimpulan amalan terbaik guru di PAUD dengan memulakan aktiviti

pembukaan, teras dan aktiviti penutup dalam proses pengajaran dan pembelajaran

dengan nilai agama. Guru cenderung menerapkan pendekatan, prosedur, kaedah dan

teknik yang berbeza setiap hari terhadap kanak-kanak mengikut umur. PAUD

memerlukan pendidik yang berintegriti, pengajaran dengan sepenuh hati, komited

untuk menjadikan anak-anak berminat untuk belajar.