Pembangunan modul lakaran dan kesannya terhadap pencapaian murid dalam mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi (RBT)

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul lakaran untuk mata pelajaran Reka Bentuk

dan Teknologi (RBT) dan mengkaji kesannya terhadap pencapaian murid tingkatan satu di

sekolah menengah di Malaysia. Modul ini di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Anisah Ahmad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6978
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul lakaran untuk mata pelajaran Reka Bentuk

dan Teknologi (RBT) dan mengkaji kesannya terhadap pencapaian murid tingkatan satu di

sekolah menengah di Malaysia. Modul ini dibangunkan berasaskan teori kontruktivisme dan

model Hope. Lima konstruk iaitu pengenalan lakaran, elemen lakaran, prinsip lakaran, lakaran

piktorial dan kesan visual telah diadaptasi daripada model Hope. Kajian ini mengunakan reka

bentuk kuasi-eksperimen untuk menentukan kesan modul manakala model Kajian Reka Bentuk

dan Pembangunan (DDR) digunakan untuk membangunkan modul. Modul telah disahkan oleh

tujuh orang pakar dengan nilai kesepakatan melebihi 70 peratus. Instrumen kajian terdiri pada

ujian pra-pos, soal selidik dan protokol temu bual juga telah disahkan oleh tujuh orang pakar.

Nilai kebolehpercayaan soal selidik menggunakan pekali Alfa Cronbach, = 0.96. Dalam

pembangunan modul, pendekatan DDR dengan tiga fasa telah digunakan. Dalam fasa pertama,

analisis keperluan dan analisis dokumen telah dijalankan dan didapati sebanyak 23 subkonstruk

berjaya dikenalpasti untuk isi kandungan modul. Dalam fasa kedua, pendekatan Fuzzy Delphi

Method (FDM) telah dijalankan untuk mengesahkan konstruk dan sub konstruk untuk modul

dan didapati lima konstruk utama dan 18 sub konstruk telah diterima oleh panel pakar Delphi.

Fasa ketiga pula bertujuan untuk menentukan kesan modul di mana empat kumpulan rawatan

dan empat kumpulan kawalan telah dibina dengan sampel keseluruhan seramai 132 murid yang

telah dipilih secara rawak kluster daripada dua buah sekolah menengah. Dapatan utama kajian

kuasi-eksperimen ini menggunakan analisis SPANOVA mendapati terdapat perbezaan yang

signifikan untuk ujian pos di antara empat kumpulan rawatan dan empat kumpulan kawalan [F

(7,124) = 96.68; p<0.05] dengan nilai Partial Eta Square adalah 0.837 Ini bermakna terdapat

perbezaan yang signifikan markah pasca antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan

dengan kesan saiz terhadap kumpulan rawatan sebanyak 83.7%. Data temu bual pula

menunjukkan guru yang mengajar kumpulan rawatan bersetuju bahawa modul lakaran ini

berguna dalam membantu aktiviti guru untuk meningkatkan kemahiran murid dalam subjek

lakaran. Kesimpulannya, dapatan utama kajian menunjukkan modul lakaran ini berkesan untuk

meningkatkan kemahiran murid dalam bidang lakaran. Implikasi kajian menunjukkan bahawa

modul ini boleh digunapakai oleh guru RBT yang mengajar subjek lakaran.