Kesan kaedah pengajaran bersama terhadap pencapaian penulisan karangan murid tingkatan empat
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan penggunaan kaedah pengajaran bersama dalam pengajaran penulisan karangan pelajar tingkatan empat. Kajian ini membabitkan 50 sampel yang terdiri daripada 25 sampel bagi kumpulan rawatan dan 25 sampel bagi kumpulan kawalan. Kajian ini menggunakan reka bent...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6980 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan penggunaan kaedah pengajaran bersama dalam pengajaran penulisan karangan pelajar tingkatan empat. Kajian ini membabitkan 50 sampel yang terdiri daripada 25 sampel bagi kumpulan rawatan dan 25 sampel bagi kumpulan kawalan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen dan pemilihan sampel pula menggunakan reka bentuk kumpulan kawalan rawak tidak setara. Kajian ini melibatkan sebuah kelas menggunakan kaedah konvensional sebagai kumpulan kawalan dan sebuah kelas lagi menggunakan kaedah pengajaran bersama sebagai kumpulan rawatan. Kumpulan rawatan menjalani tujuh sesi pengajaran bersama yang menggabungkan lima daripada 12 jenis kaedah pengajaran bersama. Lima kaedah pengajaran bersama yang digunakan ialah pengajaran selari, seorang mengajar dan seorang membantu, bercakap dan menambah, pengajaran berkumpulan dan pengajaran stesen. Data dikumpulkan dengan mengambil markah ujian pra dan ujian pasca bagi kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan. Di samping itu, data soal selidik minat murid terhadap kaedah pengajaran bersama dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik yang diberikan kepada murid dalam kumpulan rawatan setelah menyelesaikan semua sesi kaedah pengajaran bersama. Kajian ini menunjukkan bahawa kaedah pengajaran bersama memberi kesan positif dengan keputusan ujian-t, n=25, p 0.00. Hasil soal selidik mendapati bahawa 80 peratus pelajar lebih mudah memberi tumpuan dan memahami isi pengajaran penulisan karangan yang dijalankan oleh dua orang guru apabila menggunakan kaedah pengajaran bersama serta telah memberikan suasana bilik darjah yang positif. Implikasi kajian ini menunjukkan guru mempunyai pilihan untuk menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza berbanding dengan kaedah pengajaran konvensional |
---|