Menangani gangguan halusinasi dalam kalangan pelajar sekolah menengah melalui Modul Tazkiyatun Nafs

Kajian ini bertujuan mengenal pasti gangguan halusinasi dalam kalangan pelajar sekolah menengah serta mencari jalan penyelesaian berdasarkan perspektif Islam melalui Modul Tazkiyatun Nafs. Kajian ini mengenal pasti kesan modul Tazkiyatun Nafs terhadap pencapaian akademik, perubahan tingkah laku, per...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sabri Awang
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6995
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti gangguan halusinasi dalam kalangan pelajar sekolah menengah serta mencari jalan penyelesaian berdasarkan perspektif Islam melalui Modul Tazkiyatun Nafs. Kajian ini mengenal pasti kesan modul Tazkiyatun Nafs terhadap pencapaian akademik, perubahan tingkah laku, pergaulan sosial, serta kesihatan pelajar dalam mengatasi masalah gangguan halusinasi yang dialami. Modul Tazkiyatun Nafs dibina berdasarkan model Sidek dan Jamaluddin dan telah melalui proses kesahan kandungan menggunakan 6 orang pakar untuk mengesahkan 3 jenis instrumen soal selidik yang digunakan untuk kumpulan pelajar, ibu bapa dan guru kaunselor. Pekali persetujuan Cohens Kappa yang diperoleh adalah tinggi, iaitu masing-masing 0.85, 0.84, dan 0.91. Pendekatan kualitatif dengan kaedah kajian kes telah digunakan dalam kajian ini. Subjek kajian melibatkan empat orang pelajar berumur 13 hingga 17 tahun di empat buah sekolah menengah yang mengalami masalah gangguan halusinasi, empat orang ibu bapa pelajar berkenaan dan empat orang guru kaunselor yang terlibat secara langsung dengan pelajar tersebut. Subjek kajian dipilih menggunakan kaedah pensampelan bertujuan berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Kaedah kajian menggunakan modul Tazkiyatun Nafs, temu bual dan analisis dokumen. Terdapat tiga jenis instrumen kajian digunakan, iaitu modul Tazkiyatun Nafs, panduan soalan temu bual, dan analisis dokumen pelajar seperti rekod prestasi pelajar, rekod disiplin, dan rekod kehadiran pelajar. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan dan analisis bertema. Hasil kajian ini menunjukkan punca utama gangguan halusinasi ialah pelajar dapat melihat, mendengar, menghidu, berasa sesuatu melalui deria sentuhan, dan merasa sesuatu pada lidah sedangkan keadaan tersebut adalah tidak wujud. Kesan gangguan halusinasi menyebabkan pelajar mengalami ketakutan yang melampau, stress dan kemurungan yang melampau. Cara mereka mengatasi masalah gangguan ini dengan mengamalkan semua panduan yang terdapat di dalam modul Tazkiyatun Nafs. Dapatan kajian menunjukkan perubahan positif pelajar dalam pencapaian akademik berdasarkan analisis prestasi ujian serta hasil temu bual bersama dengan kaunselor sekolah. Selain itu, dapatan hasil daripada temu bual bersama ibu bapa pelajar menunjukkan berlaku perubahan positif dalam pergaulan sosial pelajar, kesihatan fizikal dan kesihatan mental pelajar. Kesimpulannya, gejala gangguan halusinasi dalam kalangan pelajar, terutamanya yang disebabkan oleh gangguan makhluk halus, telah menyebabkan kefungsian pelajar merosot. Implikasi kajian menunjukkan penggunaan Modul Tazkiyatun Nafs yang menggabungkan kaedah psikologi dengan kaedah Islam ini dapat mengurangkan dan mengawal gejala gangguan halusinasi dan memperbaiki pencapaian pelajar dalam aspek akademik, kesihatan, pergaulan sosial dan tingkah laku pelajar.