Penggunaan kaedah Hukum Pengurusan Aksara dalam pembelajaran literasi bahasa cina dan minat murid-murid tahun satu

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh mana kaedah pembelajaran Hukum Pengurusan Aksara

memberi kesan terhadap prestasi murid dalam menjawab soalan aksara Cina bagi mata pelajaran Bahasa

Cina berbanding deng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ling, Sin See
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7007
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh mana kaedah pembelajaran Hukum Pengurusan Aksara

memberi kesan terhadap prestasi murid dalam menjawab soalan aksara Cina bagi mata pelajaran Bahasa

Cina berbanding dengan kaedah pembelajaran konvensional. Reka bentuk kajian ini adalah reka

bentuk kuasi-eksperimen. Sampel kajian adalah terdiri daripada 34 orang murid tahun satu dari dua

buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di daerah Kinta Selatan, negeri Perak. Sampel dibahagikan

kepada dua kumpulan, iaitu 17 orang murid daripada kumpulan rawatan diajar dengan menggunakan

kaedah pembelajaran Hukum Pengurusan Aksara dan 17 orang murid lagi daripada kumpulan kawalan

diajar dengan menggunakan kaedah pembelajaran konvensional. Tempoh kajian yang dijalankan ialah

selama 10 minggu. Kajian ini telah menggunakan ujian rintis, ujian pra, ujian pasca dan soal

selidik sebagai instrumen. Daripada ujian pra dan ujian pasca yang dipungut, skor pencapaian bagi

setiap murid dalam kumpulan dikira. Dengan skor yang diperolehi daripada soal selidik, skor min

minat murid kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dikira. Data ujian pasca telah dianalisis dengan

menggunakan ujian Mann-Whitney U. Ujian menunjukkan nilai U =

86.500 dan nilai p = 0.045. Hasil ujian tersebut menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan

antara skor min ujian pasca kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kesimpulannya, kaedah

Hukum Pengurusan Aksara adalah berkesan berbanding kaedah konvensional. Berdasarkan data soal

selidik, murid dalam kumpulan rawatan menerima baik pelaksanaan pembelajaran Hukum Pengurusan

Aksara. Implikasi kajian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah Hukum Pengurusan Aksara

dalam pembelajaran literasi dapat meningkatkan skor pencapaian dan tahap minat murid

dalam pembelajaran aksara Bahasa Cina.