Gamelled:Pembangunan dan aplikasi keromong elektronik

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membangunkan dan mengaplikasi keromong

elektronik yang dinamakan GaMelLED Keromong. GaMelLED Keromong bertindak

sebagai pengawal MIDI yang menggunakan paradigma ketukan untu...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2021

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7057 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membangunkan dan mengaplikasi keromong

elektronik yang dinamakan GaMelLED Keromong. GaMelLED Keromong bertindak

sebagai pengawal MIDI yang menggunakan paradigma ketukan untuk mencetus sensor

yang menghantar data kepada perisian muzik atau DAW di dalam komputer. Kajian ini

dipandu dengan tiga objektif iaitu bagi: (i) mengenalpasti perisian muzik yang dapat

digunakan bersama GaMelLED Keromong, (ii) menerangkan proses pembangunan

GaMelLED Keromong serta (iii) mengaplikasi GaMelLED Keromong dalam

persembahan. Kajian ini telah menggunakan kaedah practice-led bagi memperolehi

dapatan yang bersifat lebih holistik. Instrumen yang digunakan adalah jurnal refleksi,

serendipity, analisa media dan rakan kritikal. Kajian ini mendapati bahawa: (i) perisian

muzik atau DAW yang sesuai digandingkan bersama GaMelLED Keromong adalah

Ableton Live, (ii) terdapat sembilan fasa yang diperlukan dalam proses pembangunan

keromong elektronik dan (iii) GaMelLED Keromong berupaya untuk memainkan not

yang pelbagai khasnya bunga di dalam lagu tradisional gamelan. Penghasilan

GaMelLED Keromong ini dapat menangani isu permasalahan saiz, berat serta

kemudahalihan alat muzik gamelan menggunakan teknologi pengekodan dan cip

pemproses Arduino serta pencetakan 3D dari bahan polylactic acid (PLA).