Penilaian kompetensi guru Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional di Kolej Vokasional

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi guru serta menentusahkan

instrumen kompetensi guru Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional di Kolej

Vokasional. Kajian ini juga mengenal pasti perbezaan antara...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2021

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7059 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi guru serta menentusahkan

instrumen kompetensi guru Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional di Kolej

Vokasional. Kajian ini juga mengenal pasti perbezaan antara opsyen kelulusan iktisas

guru dan tempoh pengalaman mengajar dengan empat konstruk kompetensi yang dikaji

iaitu pengetahuan, kemahiran, sikap dan penilaian. Seramai 236 orang guru di Kolej

Vokasional zon utara Malaysia telah dipilih melalui teknik pensampelan rawak

berstrata. Setelah data diperoleh, penentuan tahap kompetensi guru serta validasi

instrumen ditentukan dengan menggunakan Model Pengukuran Rasch. Bagi

menentukan perbezaan antara kompetensi guru dengan demografi yang dikaji, analisis

inferens telah digunakan. Dapatan analisis deskriptif bagi mengenal pasti tahap

kompetensi guru menunjukkan tahap kompetensi guru berada di tahap cemerlang

dengan min pada nilai logit +0.73. Dapatan bagi validasi instrumen pula menunjukkan

42 item yang digunakan adalah memenuhi kesemua andaian Model Pengukuran Rasch

dengan kebolehpercayaan bagi item 0.95 dan individu 0.96. Instrumen adalah bersifat

unidimensi dengan nilai outfit dan infit MNSQ pada sela 0.5 sehingga 1.5. Bagi analisis

inferens, terdapat perbezaan yang signifikan antara pengetahuan dan kemahiran guru

dengan opsyen kelulusan iktisas tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada

sikap dan penilaian. Analisis ANOVA pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan

signifikan bagi kompetensi guru dengan tempoh pengalaman mengajar.

Kesimpulannya, kompetensi guru PLTV di tahap yang cemerlang namun guru masih

belum mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam memenuhi keperluan industri.

Justeru, kajian ini menyumbang kepada terbentuknya instrumen yang boleh digunakan

oleh pihak berkaitan seperti BPLTV dan pihak pentadbiran Kolej Vokasional bagi

mengenal pasti tahap kompetensi guru. Ia juga membolehkan tindakan susulan diambil

seperti menggalakkan guru mengikuti program sangkutan industri dilakukan bagi

meningkatkan tahap kompetensi guru yang ke tahap yang lebih baik.