Pembangunan dan penilaian perisian fonik Bahasa Inggeris Come and Read, Sayang! sebagai bahan bantu mengajar guru prasekolah

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membangunkan dan menilai perisian fonik

Bahasa Inggeris Come and Read, Sayang! sebagai bahan bantu mengajar guru

prasekolah. Pembangunan dan penilaian perisian ini dilaksana...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2021

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7066 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membangunkan dan menilai perisian fonik

Bahasa Inggeris Come and Read, Sayang! sebagai bahan bantu mengajar guru

prasekolah. Pembangunan dan penilaian perisian ini dilaksanakan dengan

berpandukan Model Instruksional ADDIE yang terdiri daripada Fasa Analysis, Fasa

Design, Fasa Development, Fasa Implementation dan Fasa Evaluation manakala

Model Bottom Up pula digunakan sebagai panduan untuk membangunkan kandungan

pembelajaran perisian. Penyelidikan berbentuk kuantitatif digunakan untuk

mengumpul data daripada responden iaitu di bawah Fasa Analisis dan Fasa

Perlaksanaan. Instrumen soal selidik Analisis Keperluan digunakan untuk

mendapatkan pandangan guru prasekolah mengenai keperluan pembinaan perisian

ini manakala instrumen soal selidik kebolehgunaan pula digunakan untuk

mengumpulkan data tentang kebolehgunaan perisian sebagai bahan bantu mengajar

guru prasekolah. Seramai 83 orang guru prasekolah di Daerah Kuantan (Zon Perkasa

dan Zon Jaguh) telah terlibat sebagai responden soal selidik Analisis Keperluan

manakala 34 orang guru prasekolah daripada Zon Juara telah terlibat sebagai

responden untuk menguji kebolehgunaan perisian menerusi Ujian Kebolehgunaan di

bawah Fasa Perlaksanaan. Responden ini dipilih menerusi teknik pensampelan

bertujuan. Proses kesahan kandungan soal selidik pertama telah dijalankan dengan

melibatkan sembilan orang pakar dengan indeks kesahan .89, manakala nilai pekali

kebolehpercayaan pula adalah di antara .80-.96. Dapatan kajian ini digunakan untuk

membangunkan perisian fonik Bahasa Inggeris Come and Read, Sayang! Seterusnya,

instrumen soal selidik yang kedua pula telah disahkan oleh lima orang pakar dengan

indeks kesahan .82. Nilai pekali alpha bagi instrumen penilaian kebolehgunaan pula

ialah di antara .92-.99. Implikasi dari sudut metodologi, pematuhan ke atas lima fasa

Model Reka Bentuk Instruksional ADDIE telah berjaya membantu pengkaji

menghasilkan sebuah perisian fonik Bahasa Inggeris yang boleh digunakan sebagai

bahan bantu mengajar yang berkualiti dan menepati Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan.