Penilaian penggunaan peranti input tanpa sentuhan terhadap kemahiran Meta Kognitif dalam kalangan kanak-kanak

Kajian ini bertujuan mengukur penggunaan peranti input tanpa sentuhan dalam meningkatkan

kemahiran meta kognitif dalam kalangan kanak-kanak. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk

kajian lapangan dilaksanakan dala...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2020

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7075 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan mengukur penggunaan peranti input tanpa sentuhan dalam meningkatkan

kemahiran meta kognitif dalam kalangan kanak-kanak. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk

kajian lapangan dilaksanakan dalam kajian ini. Data dari lapangan dikumpulkan menggunakan teknik

temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Proses triangulasi dilakukan bagi

mengesahkan data dari tiga teknik pengumpulan data yang dijalankan. Responden terdiri

daripada sepuluh orang kanak- kanak berumur di bawah empat tahun dari NCDRC, UPSI bersama empat

orang guru taska. Data dianalisa menggunakan kaedah tipologi dengan pengkelasan data mengikut

kategori bersistematik. Inventori Kesedaran Meta Kognitif diadaptasikan sebagai instrumen

kajian untuk menentukan tahap strategi kesedaran meta kognitif dalam kalangan kanak-kanak.

Hasil menunjukkan penggunaan peranti input tanpa sentuhan meningkatkan kemahiran skil motor

halus kanak-kanak dari segi pengawalan pergerakan tangan. Wujud perbezaan meta-tumpuan

mengikut umur dan terdapat peningkatan meta-pemahaman dari aspek penerimaan dan adaptasi

terhadap interaksi penggunaan peranti berkenaan. Hasil kajian menyatakan bahawa masih

terlalu awal untuk menilai hubungan pengalaman kanak-kanak dalam setiap fasa meta kognitif yang

dikaji (menilai, memantau dan regulasi). Hasil kajian ini turut menyokong teori Model Penerimaan

Teknologi dari aspek meningkatkan kemahiran meta kognitif (menilai, memantau dan

regulasi). Kesimpulannya, kajian ini telah mengenal pasti tiga tema utama iaitu

meta-tumpuan, meta-pemahaman dan refleksi dalam memberi kesan yang positif terhadap peningkatan

kemahiran kemahiran meta kognitif. Kajian ini memberi implikasi bahawa peranti input tanpa sentuhan

sesuai digunakan untuk meningka kan kemahiran meta kognitif dan kemahiran motor halus dalam kalangan kanak-kanak.