Kesan teknik permainan terhadap prestasi,minat dan sikap murid sekolah kebangsaan dalam mengenal perkataan Bahasa Cina

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesan teknik permainan terhadap prestasi,

minat dan sikap murid tahun satu bagi mata pelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan

(BCSK) dalam mengenal perkataan. Reka bentu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norfaneliza Mohd Embros
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7102
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesan teknik permainan terhadap prestasi,

minat dan sikap murid tahun satu bagi mata pelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan

(BCSK) dalam mengenal perkataan. Reka bentuk kuasi eksperimen diadaptasi dengan

melibatkan 10 orang murid dalam kumpulan kawalan yang menggunakan teknik

konvensional, sementara kumpulan rawatan melibatkan 15 orang murid dengan

menggunakan teknik permainan. Kaedah ujian pra, ujian pasca serta soal selidik

digunakan dan skor min, ujian-t bebas dianalisis untuk mengenal pasti perbezaan skor

min. Hasil kajian menunjukkan bahawa prestasi kumpulan rawatan jauh lebih tinggi

(M=70.8, SD=15.4) berbanding dengan kumpulan kawalan (M=35.1, SD=14.1) dengan

nilai t(23)=-5.9,p=0.00). Bagi aspek tahap minat dan sikap, didapati kumpulan kawalan

menunjukkan penurunan dalam skor min selepas kajian berbanding dengan skor min

sebelum kajian; iaitu untuk tahap minat menurun daripada (M=22.10, SD=2.03) kepada

(M=19.50, SD=3.17) dengan t (9)=2.75,p=0.022; manakala skor min sikap menurun

daripada (M=19.80, SD=2.44) kepada (M=19.10, SD= 3.14) dengan nilai t

(9)=0.65,p=0.531. Sebaliknya, kedua-dua skor min bagi tahap minat dan sikap

kumpulan rawatan menunjukkan peningkatan selepas kajian,iaitu untuk tahap minat,

skor min sebelum kajian meningkat daripada (M=20.87, SD=2.23) kepada (M=21.20,

SD=2.37) selepas kajian dengan nilai t (9)=0.65,p=0.531; manakala skor min tahap

sikap sebelum kajian meningkat daripada (M=20.80, SD=2.86) kepada (M= 21.73,

SD=2.12) selepas kajian dengan nilai t (14)=-1.24,p=0.235. Kesan positif teknik

permainan dalam mengenal perkataan bahasa Cina dalam kalangan murid BCSK

disokong dengan data triangulasi iaitu hasil dapatan persepsi positif dalam kalangan

murid dan guru kumpulan rawatan melalui temu bual. Secara keseluruhan, teknik

permainan adalah antara kaedah yang sesuai dipraktikkan oleh guru dalam pengajaran

dan pembelajaran mengenal perkataan BCSK. Teknik ini seharusnya digalakkan dan

diaplikasikan secara meluas dalam proses pembelajaran dalam kalangan murid bukan

penutur jati Bahasa Cina tahap rendah.