Kriteria guru reka bentuk dan teknologi (RBT) terhadap teknologi hijau

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kriteria guru RBT dalam

menghasilkan satu senarai semak berkaitan kriteria guru terhadap Teknologi Hijau.

Selain itu, kajian ini dapat menentukan hubungan ant...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Saidatul Amira Hamzah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7115
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kriteria guru RBT dalam

menghasilkan satu senarai semak berkaitan kriteria guru terhadap Teknologi Hijau.

Selain itu, kajian ini dapat menentukan hubungan antara pengetahuan, kemahiran,

sikap dan amalan guru terhadap Teknologi Hijau. Reka bentuk kajian yang dijalankan

adalah berbentuk kajian tinjauan secara kuantitatif dan disokong oleh temu bual.

Kajian kuantitatif ini melibatkan 375 orang guru RBT sekolah menengah harian di

lima buah negeri iaitu Kedah, Melaka, Selangor, Kelantan dan Sarawak. Manakala

kajian temu bual pula melibatkan empat orang responden. Satu set soal selidik

digunakan untuk mengumpul data kajian. Analisis statistik deskriptif, analisis statistik

inferensi dan analisis kebolehpercayaan Model Pengukuran Rasch digunakan bagi

menjawab semua persoalan kajian. Model Pengukuran Rasch digunakan untuk

menentukan kebolehpercayaan item yang tinggi bagi menghasilkan senarai semak

kriteria guru terhadap Teknologi Hijau ini. Hasil dapatan analisis deskriptif

menunjukkan kesemua item yang dikemukakan dipersetujui oleh responden. Hasil

analisis Model Pengukuran Rasch pula telah mengekalkan 66 item sebagai kriteria

yang perlu dimiliki oleh seorang guru terhadap Teknologi Hijau. Seterusnya, analisis

statistik inferensi secara kolerasi digunakan untuk melihat kewujudan hubungan

antara konstruk-konstruk kajian. Dapatan kolerasi mendapati kesemua konstruk

mempunyai hubungan yang signifikan antara satu sama lain. Nilai kolerasi antara

pengetahuan dengan kemahiran adalah r =.176, manakala hubungan antara

pengetahuan dengan sikap adalah r = 0. 171, nilai kolerasi bagi konstruk pengetahuan

dengan konstruk amalan pula adalah r = 0.154. Selain itu, hubungan antara kemahiran

dengan sikap adalah bernilai r = 0.607, nilai kolerasi bagi kemahiran dengan amalan

adalah r = 0.610 dan nilai kolerasi terakhir adalah antara sikap dengan amalan adalah

bernilai r = 0.585. Kesimpulannya, hasil kajian menunjukkan guru perlu memiliki

kriteria-kriteria yang telah disenaraikan berkaitan pengaplikasian Teknologi Hijau

terutamanya dalam proses pengajaran dan pemudahcara serta dalam aktiviti harian.

Selain itu, diharap kriteria ini dapat membantu pelbagai pihak dalam menjalankan

tanggungjawab untuk menjayakan strategi untuk membantu memulihara dan

mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar di samping dapat memacukan

pembangunan ekonomi negara.