Reka bentuk dan pembangunan Modul Pergerakan Kreatif Berunsur Drama terhadap interaksi lisan kanak kanak pra sekolah

Kajian ini bertujuan membina dan menilai kebolehlaksanaan Modul Pergerakan Kreatif

Berunsur Drama (PeTif-Ma) sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran kepada guru

prasekolah. Pembinaan modul ini berdasarkan model...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jamariah Muhamad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7143
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan membina dan menilai kebolehlaksanaan Modul Pergerakan Kreatif

Berunsur Drama (PeTif-Ma) sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran kepada guru

prasekolah. Pembinaan modul ini berdasarkan model ASSURE. Modul PeTif-Ma ini telah

mencapai 84.8 peratus bagi kesahan kandungan dan kebolehpercayaan pekali

Cronbach Alpha (0.77). Kajian ini mengguna pakai Teori Kognitif Piaget, Teori Sosial

Vygotsky dan Teori Laban. Kajian ini juga menilai kepada perkembangan interaksi

lisan kanak-kanak semasa pengajaran guru berdasarkan modul PeTif-Ma ini. Pendekatan

Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) telah digunakan dalam kajian ini. Proses kajian dan pembangunan

modul melibatkan tiga fasa utama iaitu (1) Fasa Analisis Keperluan, (2) Fasa Reka

Bentuk dan Pembangunan dan (3) Fasa Pelaksanaan dan Penilaian. Pemilihan peserta kajian

dijalankan secara persampelan bertujuan melibatkan 2 orang guru prasekolah dan 6 orang

kanak-kanak prasekolah di 2 buah prasekolah Daerah Ledang, Johor. Data dalam kajian ini

dikumpul melalui pemerhatian, temu bual separa struktur dan hasil kerja murid. Hasil kajian yang

dianalisis melalui analisis kandungan berdasarkan tema menunjukkan bahawa Modul PeTif-Ma

ini menunjukkan kesan positif kepada pengetahuan, kemahiran dan amalan guru

prasekolah. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perubahan yang positif

terhadap kemahiran interaksi lisan kanak-kanak iaitu kemahiran menyatakan jawapan,

mengemukakan soalan, menyatakan pendapat dan menyatakan arahan. Kesimpulan

daripada kajian menunjukkan bahawa penggunaan modul PeTif-Ma ini dapat membantu pengajaran

guru prasekolah dalam mengaplikasikan pergerakan kreatif berunsur drama dalam bilik darjah

prasekolah. Kajian ini juga menunjukkan keberkesanan modul PeTif-Ma ini mampu membantu

penguasaan yang lebih baik terhadap interaksi lisan kanak- kanak prasekolah. Implikasi

kajian ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru yang lebih berfokuskan

kepada penglibatan kanak-kanak secara aktif dan kreatif di samping membantu kanak-kanak yang boleh

berinteraksi lisan dengan

baik sejajar dengan perkembangan mereka.