Pelaksanaan kemahiran proses sains dalam pengajaran dan pembelajaran Sains Awal di TADIKA

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pelaksanaan kemahiran proses sains oleh guru

dalam Tunjang Sains dan Teknologi bagi Sains Awal dalam kalangan kanak-kanak di

TADIKA. Kajian ini menggunakan pendekatan kualita...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Asmidar Abu Hasan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7190
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pelaksanaan kemahiran proses sains oleh guru

dalam Tunjang Sains dan Teknologi bagi Sains Awal dalam kalangan kanak-kanak di

TADIKA. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah pemerhatian,

temu bual dan analisis dokumen. Seramai 3 orang guru dan 54 orang kanak-kanak dari 3

TADIKA di daerah Setiawangsa, Kuala Lumpur di pilih sebagai responden melalui

pensampelan bertujuan. Instrumen yang digunakan adalah borang senarai semak

pemerhatian bagi mewakili 6 kategori kemahiran proses sains iaitu memerhati, mengelas,

mengukur, menginferens, meramal dan komunikasi. Data di analisis secara naratif. Data

kajian diperoleh menerusi hasil tringulasi daripada pemerhatian, temu bual tidak

berstuktur dan analisis dokumen. Senarai semak digunakan semasa membuat pemerhatian

kaedah pengajaran guru, temu bual untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengetahuan

guru dalam kemahiran proses sains manakala analisis dokumen yang melibatkan

rancangan pengajaran harian (RPH), jadual waktu dan hasil kerja kanak-kanak semasa

aktiviti Sains Awal. Pemerhatian dilaksanakan selama 45 minit hingga 1 jam bagi setiap

aktiviti untuk setiap TADIKA selama 3 minggu. Dapatan kajian menunjukkan

pelaksanaan guru dalam kemahiran proses sains adalah rendah. Guru hanya

menggunakan kemahiran memerhati, meramal dan komunikasi manakala kemahiran yang

kurang digunakan adalah mengelas, mengukur dan menginferens. Dapatan menunjukkan

penggunaan kemahiran proses sains dalam memerhati, meramal dan komunikasi oleh

guru telah meningkatkan penguasaan kanak-kanak dalam kemahiran tersebut. Hasil

dapatan temu bual mendedahkan hakikatnya guru kurang menguasai kemahiran proses

sains yang disampaikan semasa pengajaran dan pembelajaran Sains Awal.

Kesimpulannya, pelaksanaan kemahiran proses sains adalah lemah disebabkan kurangnya

pendedahan dalam Tunjang Sains dan Teknologi dalam kalangan guru TADIKA dan

Prasekolah. Implikasi kajian ini menunjukkan kemahiran proses sains perlu dilaksanakan

di dalam Tunjang Sains dan Teknologi untuk meningkatkan kemahiran kanak-kanak

dalam Sains Awal. Oleh itu, lebih banyak kursus dan latihan perlu diberikan kepada

guru-guru TADIKA untuk meningkatkan kefahaman guru dalam Tunjang Sains dan

Teknologi terutamanya Sains Awal supaya kanak-kanak dapat mengaplikasikan

kemahiran proses sains dalam kehidupan seharian