Sumbangan kemahiran TMK, pengetahuan dan sikap guru terhadap kadar penggunaan Virtual Learning Environment

Kajian ini bertujuan untuk menilai sumbangan kemahiran TMK, pengetahuan dan

sikap guru terhadap kadar penggunaan VLE di dalam pembelajaran dan

pemudahcaraan Bahasa Tamil di SJKT Daerah Manjung. Selain itu, kajian in...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Susila Pichaiya Ramalingam
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7224
Tags: Add Tag
tesis 1
tmk 1
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk menilai sumbangan kemahiran TMK, pengetahuan dan

sikap guru terhadap kadar penggunaan VLE di dalam pembelajaran dan

pemudahcaraan Bahasa Tamil di SJKT Daerah Manjung. Selain itu, kajian ini juga

bertujuan untuk mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan

VLE dalam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Tamil. Di samping

itu, kajian ini juga bertujuan untuk menentukan sama ada sikap, pengetahuan dan

kemahiran TMK guru boleh meramalkan kekerapan penggunaan VLE. Pendekatan

kuantitatif dengan reka bentuk kaedah tinjauan digunakan dalam kajian ini.

Responden kajian terdiri daripada 150 orang guru SJKT di Daerah Manjung yang

mengajar subjek Bahasa Tamil yang dipilih secara rawak mudah. Kajian ini

menggunakan instrumen soal selidik dengan skala Likert 5 digunakan untuk

memperolehi data kadar penggunaan VLE di dalam pembelajaran dan pemudahcaraan

Bahasa Tamil di SJKT Daerah Manjung . Data kajian dianalisis menggunakan analisis

deskriptif dan juga analisis regresi linear berganda. Kadar penggunaan VLE diukur

berdasarkan kekerapan log masuk guru ke laman VLE bagi tempoh masa dua bulan,

iaitu bermula dari awal Januari hingga hujung Februari 2020. Keputusan

menunjukkan min kekerapan penggunaan VLE adalah sederhana iaitu 8.24 dalam

tempoh dua bulan, atau secara purata 4 kali sebulan (purata sekali seminggu). Lebih

separuh responden (77 orang guru) mencatatkan purata log masuk ke laman VLE

sebanyak 10 kali dalam seminggu. Namun terdapat juga guru yang mencatatkan log

masuk yang rendah, contohnya seramai 21 orang guru yang log masuk ke laman

VLE sebanyak 1 kali dalam tempoh sebulan. Hasil kajian menunjukkan guru

merasakan mereka mempunyai sikap positif (4.88) terhadap penggunaan VLE dalam

PdPc. Selain itu, guru merasakan mereka mempunyai pengetahuan (4.94) yang tinggi

dan mempunyai kemahiran TMK (4.95) yang tinggi. Walaubagaimanapun, hasil

kajian menunjukkan para guru menghadapi cabaran dalam penggunaan VLE dari segi

liputan internet yang rendah dan kemudahan peralatan TMK seperti komputer, dongle

dan projektor yang terhad. Keputusan analisis regresi linear berganda menunjukkan

hanya kemahiran TMK guru dapat meramalkan kadar penggunaan VLE dalam PdPc.

Kesimpulannya, kadar penggunaan VLE dalam PdPc Bahasa Tamil di SKJT

umumnya pada tahap sederhana, dan kadar penggunaan ini mempunyai hubungan

signifikan dengan kemahiran TMK guru. Implikasinya, fokus latihan harus

ditumpukan kepada usaha meningkatkan kemahiran TMK guru sepaya pelaburan

KPM yang tinggi untuk penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

dalam bidang pendidikan mencapai matlamat yang dihasratkan.