Penguasaan dan penggunaan peta pemikiran i-Think dalam kalangan guru Sains sekolah rendah di Daerah Bentong, Pahang

Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap penguasaan dan penggunaan peta pemikiran i-

Think serta cabaran-cabaran yang dihadapi dalam kalangan guru Sains di Daerah

Bentong. Kajian ini melibatkan seramai 175 orang gur...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2021

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7225 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap penguasaan dan penggunaan peta pemikiran i-

Think serta cabaran-cabaran yang dihadapi dalam kalangan guru Sains di Daerah

Bentong. Kajian ini melibatkan seramai 175 orang guru Sains dari 38 buah sekolah

rendah merangkumi sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah

jenis kebangsaan Cina di Daerah Bentong, Pahang. Kajian ini menggunakan kedua-dua

pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Borang soal selidik telah digunakan untuk

mengumpul maklumat kuantitatif meliputi maklumat demografi, tahap penguasaan dan

penggunaan peta pemikiran i-Think. Manakala temubual berstruktur telah digunakan

untuk mendapatkan maklumat tahap penguasaan dan penggunaaan peta i-Think bagi

kajian kualitatif. Secara keseluruhannya, tahap penguasaan peta pemikiran i-Think

dalam kalangan guru Sains adalah tinggi dengan nilai min sebanyak 3.068 0.323.

Peratusan keseluruhan penguasaan peta pemikiran i-Think adalah pada tahap yang

sederhana iaitu 65.7 peratus. Kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan

antara tahap penggunaan peta pemikiran i-Think dalam kalangan guru Sains

berdasarkan aspek opsyen (Ujian t = 2.253, p = 0.025). Analisis korelasi menunjukkan

terdapat hubungan yang signifikan positif dan lemah antara tahap penguasaan dan tahap

penggunaan peta pemikiran i-Think dalam kalangan guru opsyen Sains (kolerasi (r) =

0.290, p < 0.001). Dalam kajian kualitatif, antara cabaran-cabaran yang dikenalpasti

dalam penguasaan dan penggunaan peta pemikiran i-Think adalah kekangan masa

dalam penyediaan, kekurangan kemahiran dalam kalangan murid, peta pemikiran i-

Think kurang sesuai untuk sebahagian topik, kurang kemahiran dalam kalangan guru

serta kos yang tinggi dan segelintir guru kurang minat terhadap penggunaan peta

pemikiran i-Think. Kesimpulannya, setiap cabaran yang dikenalpasti harus diselesaikan

dengan segera supaya momentum penggunaan peta pemikiran i-Think akan dikekalkan

dan fungsi utamanya dapat dicapai.