Pembinaan dan pengesahan Modul Latihan i-Think Teknologi dan Kehidupan Lestari Tahap Dua

Kajian ini bertujuan untuk membina dan mengesahkan Modul Latihan i-THINK

Teknologi dan Kehidupan Lestari Tahap Dua. Modul ini dibina berdasarkan langkahlangkah

model pembinaan modul Sidek. Kesahan kandungan dan kebo...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2021

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7226 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan untuk membina dan mengesahkan Modul Latihan i-THINK

Teknologi dan Kehidupan Lestari Tahap Dua. Modul ini dibina berdasarkan langkahlangkah

model pembinaan modul Sidek. Kesahan kandungan dan kebolehpercayaan

modul ditentukan dengan mencari pekali persetujuan Cohens Kappa dan pekali

persetujuan Cronbach Alpha apabila modul dibina. Modul ini mengandungi

komponen nota, contoh soalan, kaedah penggunaan peta pemikiran i-THINK, bahan

pembelajaran, penilaian tugasan dan aktiviti pembelajaran. Seramai empat orang

panel pakar dilantik untuk menilai kesahan kandungan modul. 25 orang murid Tahun

Lima dalam satu kelas dipilih sebagai sampel kajian melalui kaedah persampelan

berkelompok bertujuan dari sebuah sekolah rendah, Daerah Kinta Selatan, Perak.

Sampel kajian mengikuti aktiviti-aktiviti dan latihan dalam modul selama sebulan dan

menjawab soal selidik kebolehpercayaan modul setelah menghabiskan modul. Respon

sampel kajian dianalisis untuk menguji kebolehpercayaan modul. Daripada analisis

soal selidik kebolehpercayaan modul, konstruk memahami soalan mempunyai purata

min yang paling tinggi iaitu 4.09. Ini menunjukkan sampel kajian bersetuju bahawa

mereka dapat memahami pernyataan soalan, arahan dan bahasa modul dengan jelas.

Selain itu, mereka juga dapat membezakan aras kesukaran, kehendak soalan dan

maklumat dalam soalan dengan jelas. Purata min yang paling rendah pula ialah

konstruk menjawab soalan, iaitu 3.69. Walaubagaimanapun, tahap persetujuan murid

adalah bercenderung kepada tahap bersetuju. Secara keseluruhan, skala persetujuan

Cohens Kappa bagi modul ini adalah 0.86 dan nilai Cronbach Alpha adalah 0.93. Ini

menunjukkan modul ini mempunyai kesahan kandungan dan kebolehpercayaan yang

sangat tinggi dan sesuai digunakan dalam pembelajaran murid. Adalah dicadangkan

Modul Latihan i-THINK Teknologi dan Kehidupan Lestari Tahap Dua digunakan

pada peringkat sekolah rendah agar KBAT murid dapat dipertingkatkan. Implikasi

kajian ini adalah menjadikan modul ini sebagai panduan kepada guru-guru Sains

sekolah rendah untuk membudayakan penggunaan peta pemikiran i-THINK serta

menerapkan elemen KBAT dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains.