Pengetahuan, kemahiran dan penggunaan Computer-Based Assistive Technology daripada perspektif guru program pendidikan khas integrasi masalah pembelajaran di sekolah menengah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan, kemahiran dan penggunaan

Computer-Based Assistive Technology (CBAT) daripada perspektif guru program

pendidikan khas integrasi masalah pembelajaran di sekolah m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Syifaa Mohd Nawi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7228
Tags: Add Tag
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan, kemahiran dan penggunaan

Computer-Based Assistive Technology (CBAT) daripada perspektif guru program

pendidikan khas integrasi masalah pembelajaran di sekolah menengah. Kajian ini

menggunakan Model SAMR yang diasaskan oleh Puentedura untuk menerangkan

konsep penggunaan CBAT yang mengandungi elemen Substitution, Augmentation,

Modification, dan Redefinition. Objektif kajian juga adalah untuk menentukan

hubungan di antara pengetahuan dan kemahiran penggunaan CBAT dengan kekerapaan

penggunaan CBAT. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Instrumen kajian

terdiri daripada satu set soal selidik yang telah disahkan oleh tiga orang pakar bidang

dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi menggunakan pekali Cronbach Alpha

= 0.974. Sampel kajian ini terdiri daripada 108 orang guru PPKI Masalah Pembelajaran

yang telah dipilih daripada 12 buah sekolah menengah di daerah Klang, Selangor. Data

yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferens iaitu kekerapan,

peratusan, min, sisihan piawai dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan

bahawa guru jarang (min = 2.26, SP = 1.23) menggunakan alat CBAT semasa

pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan tetapi dari segi pengetahuan, guru bersetuju

(min = 3.53, SP = 1.56) bahawa mereka tahu untuk melakukan pengubahsuaian

terhadap alat CBAT (Modification). Dari segi kemahiran pula didapati guru agak mahir

(min = 3.21, SP = 1.40) menggubah suai alat CBAT (Modification). Terdapat hubungan

signifikan yang sederhana antara pengetahuan dengan kekerapan penggunaan alat

CBAT (r=0.55, p<0.05). Terdapat juga hubungan signifikan yang sederhana antara

kemahiran dengan kekerapan penggunaaan alat tersebut (r=0.521, p<0.05).

Kesimpulannya, kajian ini mendapati guru bersetuju mereka memiliki pengetahuan dan

kemahiran menggunakan alat CBAT namun kekerapan penggunaan alat CBAT semasa

pengajaran adalah rendah. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa guru pendidkan

khas perlu lebih banyak latihan untuk menggunakan alat CBAT semasa PdP selaras

dengan Pembelajaran Abad ke-21.